Sunday, July 3, 2011

~~Hakikat Keinsafan dan taubat~~~

Segala kesalahan dan dosa yang telah dilakukan, serta segala tingkah laku yang mulai jauh daripada perintah Allah SWT, akan dapat diubati dengan cara bertaubat. Mereka yang bertaubat iaitu mereka yang insaf akan 
segala kekeliruan yang pernah dilakukan.

            Taubat atau keinsafan yang ada dalam jiwa seseorang itu merupakan cahaya yang menerangi jalan hidup seseorang muslim. Setelah itu orang-orang yang bertaubat akan terhindar daripada kemaksiatan. Keinsafan merupakan petunjuk dan terhindar daripada putus asa dalam diri seseorang. Akhirnya orang-orang yang insaf dan bertaubat itu akan memperoleh kebaikan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

            Di dalam agama Islam bertaubat bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan oleh seorang hamba. Bertaubat tidaklah harus bersusah payah dengan mengeluarkan segala tenaga dan harta benda, cukup dengan berusaha meninggalkan kejahatan dan kembali mengerjakan kebenaran yang diperintahkan oleh Allah. Kemudian tanamkan didalam hati bahawa rahmat Allah sentiasa menyertai orang-orang yang beriman dan bertaubat kepadaNya.

Firman Allah s.w.t:

* ö@è% yÏŠ$t7Ïè»tƒ tûïÏ%©!$# (#qèùuŽó r& #n?tã öNÎgÅ¡àÿRr& Ÿw (#qäÜuZø)s? `ÏB ÏpuH÷q§ «!$# 4 ¨bÎ) ©!$# ãÏÿøótƒ z>qçR%!$# $·èÏHsd 4 ¼çm¯RÎ) uqèd âqàÿtóø9$# ãLìÏm§9$# ÇÎÌÈ

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa[1314] semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.( surah az-Zumar:53)

Setiap manusia mempunyai dosa, oleh sebab itu setiap waktu kita harus bertaubat lahir dan batin. Mengakui kesalahan, kemudian meninggalkan kesalahan itu dan menggantikannya dengan kebaikan adalah cirri-ciri oramg yang bertaubat dan rindu dengan kebenaran yang disampaikan oleh Allah s.w.t.

            Dengan disertakan doa dan munajat kepada Allah, maka segala dosa-dosa masa lalu akan dihapuskan oleh Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:
ÎoTÎ)ur Ö$¤ÿtós9 `yJÏj9 z>$s? z`tB#uäur Ÿ@ÏHxåur $[sÎ=»|¹ §NèO 3ytF÷d$# ÇÑËÈ

  Dan Sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal saleh, Kemudian tetap di jalan yang benar.( surah Thaaha: 82)

            Menurut syariat, taubat ertinya meninggalkan seluruh perbuatan dosa dan menyesali semua kemaksiatan yang telah dikerjakan. Kemudian berusaha untuk tidak mengulanginya lagi di mana sahaja ia berada. Taubat yang sesungguhnya itu bukan disebabkan oleh sesuatu yang lain kecuali kerana Allah s.w.t.

            Hakikat keinsafan atau taubat itu adalah lahir daripada hati kecil, merupakan penyesalan atas segala yang telah terjadi. Kemudian mengharap ampunan Allah s.w.t dengan meninggalkan perbuatan dosa dan berusaha untuk selalu melakukan kebaikan. Dengan perbuatan baik itulah maka taubat seseorang dan seluruh ketaatannya akan diterima oleh Allah s.w.t.

.


~~Kerana Doa~~

Kerana Doa

Melangkah jauh tanpa arah dan tujuan
Bumi nan subur ini kurasakan gersang
Di dalam terang kegelapan
Seakan ku hanyut di daratan
Ku ingin pulang ke pangkalan

Pabila mata hati dan minda terbuka
Bertandang keyakinan terhakis curiga
Putaran masa pasti menemukan
Jarak dan ruang bukan sempadan
Tuhanku teramat penyayang

Aku tahu
Kau selalu bersamaku

Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pintaku jadi bebanan

Ku percaya
Kerana doa bertitian tiap waktu
Dengan izinMu
Ku kembali ke pangkalanku

Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pintaku jadi bebanan
Ku percaya diri ini memerlukan
Ku percaya doaku yang mengeratkan



Tuesday, May 10, 2011

Setiap Hari Adalah hari Ibu


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Thursday, March 31, 2011

Jalan Itu Susah tetapi Indah

Kau mesti mulakan mujahadah ini sekali lagi. Berbekalkan kata pujangga, kebaikan itu kerapkali perlu dimulakan berkali-kali. Tidak ada istilah putus asa dalam mengharap keampunan dan keredhaan Allah. Walaupun berkali-kali mundur dan terbentur, itu bukan alasan untuk berhenti. Berhenti ertinya mati- mati hati dalam mengharap cinta ilahi. Hakikatnya itu lebih bahaya dari matinya jasad yang lahir ini.
            Ya, kau perlu mulakan sekali lagi. Begitu bisikan ilmu menolak rasa ragu. Selalu. Walaupun terasa diri diselubungi selimut dosa dan kemelut alpa, jangan sekali-kali putus asa. Begitu kata jiwa yang menjerit tanpa suara. Allah tidak akan menutup pintu keampunanNya… kunci pintu itu adalah harapan. Selagi ada harapan, selagi itulah ada perjuangan. Tewas dalam satu pertempuran tidak bererti tewas dalam satu peperangan. Begitulah jua dalam peperangan melawan syaitan dan hawa nafsu ini.
            Tidak ada jalan lain wahai diri, kecuali bangun dan terus bermujahadah. Hati itu boleh berkarat, pencucinya adalah al-Qur’an dan ingatkan mati. Begitu panduan yang diberikan oleh Rasul Junjungan. Jua teringat pesan Imam al-Ghazali r.m.h:
“ Carilah hatimu ditiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Qur’an. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati lagi.”
            Semak-semaklah kehidupan harianmu. Bagaimana awal pagimu…telah kau bukakan hari barumu dengan hati yang bersyukur? Telah kau ucapkah, segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku daripada kematian yang sebentar dan kepadaNyalah kami akan dikembalikan? Kemudian mintalah berlindung daripada sifat malas, takut, bakhil dan penguasaan orang lain terhadapmu. Senyum. Dan teruskan bersuci dengan mandi dan wuduk. Basuh wajahmu, fikiranmu, pendengaranmu dan penglihatanmu daripada cela dosa dan prasangka. Kemudian dirikan solat subuh. Pinta hidayah, kesihatan, kekuatan dan kesabaran dalam kalimah-kalimah doa dan munajat itu.
            Tidak mengapa sekiranya hati terganggu oleh karenah-karenah manusia atau mainan rasa. Tetapi capai segera al-Qur’an dan bacalah. Bacalah…itu hakikatnya menjana kekuatan jiwa untuk nenghadapi badai kehidupan. Jiwa yang tidak membaca al-Qur’an umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, tidak berguna… begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran, tanpa al-Qur’an segalanya tidak berguna.
            Ingatlah wahai orang yang bermujahadah…tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai ke hujung jalan, cukup sekadar kau telah menempuh jalan. Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada dijalan tetapi di sepanjang jalan… Genggam al-Qur’an, ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah tapi indah!

Bersangka Baik Dengan Diri Sendiri

APA YANG ANDA KATAKAN TERHADAP DIRI SENDIRI JAUH LEBIH PENTING DARIPADA APA YANG ORANG LAIN KATAKAN TERHADAP ANDA. OLEH ITU, KATAKAN SESUATU YANG POSITIF KEPADA DIRI SELALU, ITU PETANDA ANDA TELAH BERSANGKA BAIK TERHADAP DIRI SENDIRI…
INGATLAH, BERSANGKA BAIK TERHADAP DIRI SENDIRI ADALAH MODAL UNTUK BERSANGKA BAIK KEPADA ORANG LAIN!
            Syarat utama bagi kejayaan dalam sesuatu komunikasi (perhubungan) ialah kepercayaan. Yang dimaksudkan dengan kepercayaan dalam perhubungan ialah rasa percaya seseorang terhadap orang yang dihubungi – jika perhubungan itu keluar. Atau kepercayaan seseorang terhadap dirinya sendiri – jika perhubungan itu ke dalam diri sendiri.
            Sekiranya kepercayaan seseorang itu tinggi terhadap dirinya sendiri, maka ia akan berjaya dalam komunikasi dengan dirinya sendiri.  Sebaliknya, jika kepercayaan seseorang sudah terjejas, apalagi jika sudah pupus, maka sukarlah komunikasi berlaku samada secara dalaman atau luaran.
 Komunikasi dalaman, sangat berkait dengan kepercayaan terhadap diri sendiri. Sedangkan komunikasi luaran berkait dengan kepercayaan terhadap orang lain. Kita akan gagal berkomunikasi dengan diri sendiri jika kepercayaan terhadap diri sendiri menjadi lemah. Dan begitu juga, kita akan gagal berkomunikasi dengan orang lain jika kita tidak ada sifat saling percaya-mempercayai.
            Sikap tidak mempercayaai diri sendiri adalah lebih merosakkan kita daripada sikap tidak mempercayai orang lain. Orang yang tidak percaya akan kemampuan, kebolehan dan kelebihan dirinya tidak akan berjaya dalam hidupnya. Oleh itu, kita mestilah selalu mempertingkatkan kepercayaan terhadap diri sendiri, untuk membolehkan kita melakukan ‘self motivated’. Dan salah satu cara untuk ‘self motivated’ ialah dengan melakukan komunikasi dalaman.
            Dalam kehidupan sehari-hari, kita selalu memperkatakan tentang bagaimana seseorang dapat  membantu seseorang yang lain melalui perantaraan komunikasi. Tetapi jarang kita mendengar seseorang membantu dirinya sendiri melalui perantaraan komunikasi. Apakah kita perlu bercakap-cakap dengan diri sendiri? Apakah ini gila namanya? Kalau boleh, bagaimana? Bagaimanakah yang dikatakan kita sedang berkomunikasi dengan diri sendiri?
 Antara dua bahagian komunikasi ini, komunikasi dalaman mempunyai  kesan yang besar pada manusia. Sayangnya, ia selalu diabaikan dan dipinggirkan berbanding komunikasi luaran. Tidak seperti komunikasi luaran yang kerap dititik-beratkan, dijaga dan dipelajari, komunikasi dalaman kekadang tidak dipedulikan lansung, apalagi hendak dipertingkatkan Manusia kerap kali mementingkan hubungannya dengan manusia lain, tanpa menyedari bahawa dia juga amat perlu untuk berkomunikasi dengan dirinya sendiri. Inilah yang dikatakan komunikasi ke dalam diri.

Kemahiran berkomunikasi dalaman inilah yang boleh menentukan kemampuan seseorang memilih responnya. Jika kemampuannya tinggi, maka semakin berkuasalah seseorang dalam memilih tindakannya dan semakin berjayalah ia dalam hidupnya.
            Banyak faktor yang menentukan kemampuan atau tahap komunikasi dalaman. Antaranya yang paling utama ialah faktor keyakinan. Keyakinan mempunyai kesan yang sangat besar kepada pancaindera yang lima bila berdepan dengan respon. Siapa yang mempunyain keyakinan yang kuat, maka pancainderanya juga akan kuat untuk mentafsirkan, merasai dan memberi gambaran yang positif terhadap respon yang dihadapinya.
 Keyakinan pula dibentuk oleh ibu-bapa, suasana, kawan, guru dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup. Jika keyakinan kita positif, maka positif jugalah komunikasi dalaman yang berlaku ke dalam diri kita. Orang yang mempunyai keyakinan yang kuat dan positif, akan menjadi seorang yang rajin, positif dan optimis. Sebaliknya, jika keyakinan seseorang lemah, maka seseorang akan menjadi malas, negatif dan pesimis.
            Faktor kedua ialah percakapan terahadap diri sendiri. Percayakah kita bahawa dalam sehari kita lebih banyak bercakap dengan diri sendiri berbanding  bercakap dengan orang lain. Malangnya, 70% percakapan terhadap diri sendiri ini adalah negatif. Untuk berjaya, percakapan yang negatif ini mesti ditukar kepada yang positif. Jika tidak, kita akan melakukan sabotaj terhadap diri sendiri. ”Aku tidak boleh” mesti ditukar kepada ”aku boleh.”
 Jadi, semaklah apa yang kita selalu katakan kepada diri sendiri… Apakah negatif atau positf? Jangan biarkan kita menjadi musuh terhadap diri sendiri dengan komunikasi yang menyebabkan kita ’gagal’ sebelum gagal!

The Choosen One

~~MENARI BERSAMA TAKDIR~~

Memang sukar menerima apabila sesuatu perancangan yang dirasakan terbaik tidak Berjaya sepenuhnya. Sakit dihati. Malu dengan orang kerana gagal membuktikan kebolehan diri. Pada peringkat peribadi, sering berlaku kesedihan, kemurungan dan kemarahan kerana harapan tidak menjadi kenyataan. Hubungan kasih yang terasa indah akhirnya putus di tengah jalan. Firman Allah dalam surah at-Taubah:51 yang bermaksud:

“ Katakanlah ( Muhammad): “ Tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang beriman harus bertawakkal”.

Tambah Imam al-Ghazali r.h.m:

“ manusia tidak dicipta dengan senda gurau atau sembarangan, tetapi dengan seindah-indah dan untuk tujuan yang agung.”

Menari bersama takdir bermakna menerima seadanya apa yang berlaku kepada diri sendiri dan menyusun tindakan terbaik menghadapinya
.
Bergelut bersama takdir bermakna mempersoalkan takdir dengan minda, melayan rasa tidak puas hati dan marah serta mempersalahkan pihak lain sehingga pada suatu tahap mempersalahkan Allah sama ada sedar atau tidak. Ia umpama menyumpah seranah alunan muzik bila diri tidak pandai menari mengikut rentak.
Andai ditakdirkan miskin harta setelah bersungguh-sungguh berusaha mengumpul kekayaan, maka susunlah hidup mengikut bajet yang bersesuaian dengan rasa kesabaran. Menarilah bersama muzik kemiskinan. Siapa tahu, akan sampai masa yang ditentukan Allah akan mengubah alunan muzik kemiskinan menjadi muzik kekayaan.

Segala peristiwa lahiriah yang berlaku telah ditentukan oleh Allah al-Bari’, Yang Maha Merancang, mengadakan sesuatu daripada tiada. Perancangan al-Bari’ mengambil kira semua aspek. Maha Suci Allah daripada terlepas pandang sesuatu pun dalam perancanganNya.
Andai perancangan dan implimentasi hasilnya tidak seperti dijangka, itu bermakna Allah al-Bari’ ada perancangan-Nya yang lebih agung untuk hambaNya. Teruskan tarian bersama takdir. Tidak akan mampu hamba selemah kita bergelut dengan al-Qadir, maka alangkah bijak memilih untuk menari mengikut tempo takdir.

Allah menyusun muzik takdir dengan segala sifat keagunganNya teradun dalam limpahan kasih sayang yang tiada had. Para malaikat sentiasa membantu atas perintah Allah. Maka mari menari bersama takdir agar perjalanan hidup di bumi menuju syurga terasa indah, harmoni, ceria dan menghiburkan.