Friday, October 9, 2009

~~Sanah Helwah Ya Abi~~



~~~Alhamdulillah...hari ni(10/10/09)dah genap 62 tahun umur ayah ana...selamat hari lahir ayah~~x de apa yang kakak boleh berikan melainkan setangkai doa yang akan kakak kirimkan selalu...terima kasih yang tak terhingga sebab jaga kakak sampai hari ni, kakak sayang ayah sgt2...~~~~

Sebenarnye...ana ni sangat manja ngan ayah berbanding dengan mak..lalala~~~al maklum lah kan..anak perempuan tunggal( hehe...perasan pulak)tp mmg pun....ayah ana lebih memanjakan ana...mintak jer nak ape, confirm dapat..tp ana segan la nak mintak yang lebih2...tp paling best bile setiap kali balik kampung, semua kemahuan ana dituruti...(heh!!!riak ker ek)hehe...ape pun, ana tetap sayangkan mak jugak..sama macam ana sayangkan ayah...dalam family ana digelar sebagai "anak ayah"...waaa...tu yang kadang2 mengada2 sikit...hehe..ok la ayah..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan semoga diberi kesihatan yang baik...i love u so much!!!

(lagu ni ana dedikasikan istimewa untuk ayah ana)

Di sisi ibu kau setia menanti
Lahir anakmu menambahkan seri
Bersama aminan memuji Illahi
Di telingaku kanan dan kiri

Hari - hari makin mendewasakan
Hidupmu tabah penuh kecabaran
Dalam mendidik amanah tuhanmu
Sabar melayar kerenah yang seribu

Titisan keringatmu menyubur kehidupan
Berhujan berpanas tidak kau hendahkan
Dirimu tetap gigih menuai rezeki
Menjadikan mimpi satu realiti

Biar ku tawar wang yang berjuta
Biar ku hampar selaut mutiara
Tak mungkin membalas segala jasa
Yang tidak ternilainya

Oh ayah akan ku bukti padamu
Curahan kasih tidak kusiakan
Mencapai cita jua kejayaan
Kan ku bela nasibmu di hari tua

~~~~sekian~~~~

Tuesday, October 6, 2009

Nilai Persahabatan

NILAI PERSAHABATAN


Sahabat,

Jika suatu masa engkau ditakdirkan bertemu seorang kawan, yang sanggup bersusah keranamu atas nama kesetiaan, sering mendahulukanmu atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, mempercayaimu atas nama keikhlasan, yang menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, ketahuilah olehmu sahabat, Dia bukan hanya seorang kawan tetapi Dialah seorang saudara dan juga sahabat..

Tetapi Sahabat,

Sekiranya engkau berasa beban kerananya, berasa ragu akan keikhlasannya, itulah tandanya engkau tidak seikhlas dia, andainya engkau buka keaibannya, itu tandanya engkau melaknati kejujurannya. Engkau juga tidak menghargai segala kabaikannya terhadap engkau..

Bila engkau mula menyedari dia tidak mengendahkan engkau lagi, dan mula bersikap dingin dan berubah, janganlah engkau termakan hati dengan sikapnya itu..

Ketahuilah,

Betapa dia sebenarnya, menelan hempedu sendi yang mendalam kerana
prihatin dan kasih sayangnya, kejujuran dan keikhlasannya, engkau permainkan..
Maka setelah itu, usahlah engkau harapkan sesuatu darinya lagi, kerana dia telah hilang kepercayaan padamu..
Engkau juga takkan bertemu dengan kawan sepertinya lagi..

Oleh itu Sahabatku,

Hargailah sebuah persahabatan, sebelum ia hilang dari dirimu…



“SEBAIK-BAIK SAHABAT IALAH YANG MENEGUR DI KALA KEMUNGKARAN DAN SEBURUK-BURUK SAHABAT IALAH YANG DIAM SERIBU BAHASA”

NILAI KASIH SAYANG

Kasih sayang amat bernilai dalam kehidupan insan.Kuasa inilah yang menggerakkan mereka dari kedukaan,membangunkan mereka dari kelemahan dan menggembirakan mereka.Ibarat bunga-bunga ditaman begitu juga kasih sayang adalah bunga kehidupan yang menyegarkan jiwa sepanjang masa.Jika tiada kasih sayang dalam kehidupan manusia yang celik menjalani hidup dengan kegelapan dan segala perekara tidak akan berlaku tanpa adanya kasih sayang.Abdullah Nasih Ulwan mengatakan kasih saying mampu mebina tamadun manusia dan dapat menyambung kehidupan manusia yang aman dan tenteram.
Objektif kasih sayang haruslah jelas dan sohih,tidak merugikan dunia dan akhirat.Kalau anak-anak dicintai misalnya jangan menuruti segala kemahuannya hingga batasan agama diseberangi.Mahabbah haruslah disertai dengan maslahah,contohnya kalau kita menyintai adik kita,kita akan memberikan ubat yang pahit tetapi untuk dia sihat.
Kasih sayang tidak terbatas dalam lingkungan uda dan dara sahaja malah ia mempunyai makna yang lebih luas,kasih saying kepada ibu bapa,keluarga,masyarakat,teman,ilmu,agama,para nabi dan ahli keluarganya dan sebagainya.Yang penting pusat kasih saying adalah kepada ILLAHI.
Bagaimanakah cinta kepada menusia dan sesuatu akan berkembang dengan baik dan jelasnya?satu jawapan yang sudah tabii dalam minda kita aedalah semakin kita berkasih dengan ILLAHI kita akan menambah kasih kita sesama manusia juga.Contohnya seperti dua insan yang mendaki bukit dilereng yang berlainan dan puncaknya adalah TUHAN.Semakin pencinta ini mendaki,orang yang dikasihi ini juga turut mendaki dan akhirnya kedua-dua akan berjaya sampai ke puncak cinta ILLAHI.Ironisnya kita melihat manusia selalunya mengungkapkan kasih sayang kepada manusia tanpa menghubungkan terus kepada TUHAN.Ingatlah kita bahawa kasih sayang yang tulus kepada ALLAH tidak bererti mengingkari tabiat manusia dan fitrahnya.Kasih sayang pada ILLAHI bererti kita berusaha untuk mengenali ALLAH,juga pada masa yang sama mengenali diri sendiri sebagai seorang hamba yang lemah.Bila sudah rasa diri adalah hamba,sifat-sifat buruk (mazmumah) secara automatik akan mati dalam jiwa.Rasa sombong,besar diri kerana kehebatan yang dimiliki,pentingkan diri sendiri akan hilang.Maka akan tergantilah sifat terpuji (mahmudah) yang menjadi pakaian diri.Sifat-sifat terpuji seperti rendah diri,menghormati orang lain,mengambil berat terhadap orang lain merupakan asas jalinan kasih sayang.
Terlintas dalam fikiran kita,mengapa harus kita menunjukkan cinta kepada TUHAN kalau selama ini hanya malang yang menhiasi hidup kita.Dalam setiap apa yang TUHAN turunkan kepada kita adalah bukti kasih-NYA.Disebalik ujian ada kemanisan yang tersirat.Dengan ujian itu TUHAN mengajak kita untuk bertaubat.bersyukur,merintih kepada-NYA.Ambillah kasih saying TUHAN ini kepada kita.
Sekadar kita ingin menyingkap tabir yang menghalangi hati nurani kita yang mencintai ALLAH.Tabir pertama adalah maksiat yang membuat hati kita berkarat.Sekali manusia membuat dosa akan terbentuh satu noda dalam hatinya.Bila ia tidak segara bertaubat.Noda ini akan semakin tersebar ke dalam hati sehingga hati itu hilang akan sinarnya dan menutup ingatan kita kepada TUHAN tabir yang lain adalah cinta dunia dan pergantungan terhadap dunia.ALLAH tidak menjadikan dua buah hati dalam diri manusia.Nabi berkata:”Tidak berkumpul dalam hati anak Adam dua perkara dalam satu masa”Ini bermaksud kita tidak boleh mengumpulkan satu perkara dalan satu masa.dalam erti pengertian kasih sayang yang sebenar,kita harus memusatksn cinta kita kepada ALLAH dan kemudian mengembangkannya dalam setiap perkara yang kita cintai iaitu keluarga,ilmu,harta dan sebagainya.
Apabila kita disibukkan dengan urusan dunia dan menganggap ia adalah penting maka seluruh hati kita akan terhapus dari kenikmatan cinta kepada ALLAH.Kita tidak akan merasa manisnya cinta dan zikir kepada ALLAH.Contohnya dalam lingkungan sebagai pelajar yang sibuk dengan assigment.persatuan,ujian bulunan dan sebagainya.Jika tidak menganggap semua perkara ini datang dari ALLAH maka hati kita tidak akan lalai dari-NYA.
Jika kita sudah mampu menyelami cinta yang sebenar,maka hati yang indah dengan sinar makrifah telah terpancar di dalam hati kita,maka terhembuslah kasih ini untuk menikmati lindungan TUHAN.Kita mula mencintai apa yang dicintai oleh kekasih dan akan benci apa yang tidak disukainya.Kita mencintai Nabi Muhammad kerana baginda adalah kekasih ALLAH dan kita mencintai keluarga Nabi kerana Nabi mencintai mereka.Cinta pada Nabi dan para ulama serta orang yang soleh juga mampu untuk kita menyucikan hati dalam konteks mencapai perhubungan vertical tinggi ke langit samawi.Kita tidak akan dapat lari daripada hubungan kasih saying secara horizon di atas muka bumi.
Kasih sayang akan menumbuhkan jiwa dan hati yang indah.Dengan kasih sayang akan lahirlah cinta,rindu.ketenangan dan sebagainya.Apa yang penting ke mana kita ingin membawa kasih sayang ini.Kasih sayang kepada ALLAH atau kasih sayang kerana ALLAH.Pilihlah salah satu diantara keduanya atau lebih sermpurna kalau kita memilih kedua-duanya.Marilah kita berkasih sayang dengan hati yang indah,anggun dan menawan.

WAHAI WANITA WAHAI LELAKI

Wahai wanita…
Dirimu dan diriku adalah sama..
Kita dicipta bukan sebagai mainan..
Kita dicipta untuk mneruskan perjuangan..
Meneruskan kehidupan..
Membang kitkan semangat mujahid yang hamper rebah
Namun wanita..
Dimanakah dirimu tatkala Islam sedang gawat????
Di dalam pelukan jilbab Islam atau pelican ajnabi???
Insaflah wanita..
Tidak Allah jadikan kita..
Melainkan dengan suatu hikmah..
Yang perlu kita terokai..
Yang perlu kita sendiri..
Agar kita..
Wanita, muslimah, puteri, permaisuri..
Bangkitlah bersama para mujahid..
Kembali menegakkan Islam yang indah ini..
Selagi tubuh berupaya..
Sedarlah wahai wanita..

Wahai lelaki…
Diriku dan dirimu tidak sama sama sekali..
Kita dijadikan berbeza di muka bumi ini..
Peranan kita berbeza sama sekali..
Cuma matlamat kita sama yakni..
Menjengah redha dan cinta Ya Rabbi
Namun lelaki..
Mengapa kau masih belum mengerti..
Kami perlukan bimbingan dan pimpinan darimu,
Bukannya pelican haram yang kau beria nak bagi
Bukan juga diperlakukan persisi haiwan tidak berkaki
Mana pergi dirimu di waktu kami perlukan pembelaan diri??
Mana dirimu di waktu kami dalam kesusahan??
Kau tiada di sisi…
Kau tak sudi membimbing diri ini..
Lelaki, jejaka, muslim, putera, raja….
Ingatlah kami tidak dijadikan daripada kepala untuk memerintah..
Tidak juga oleh kaki untuk ditindas..
Tetapi oleh tulang rusuk..
Yang dekat dengan tangan untuk dipimpin
Dan dekat dengan hati untuk disayangi..