Thursday, July 7, 2011

Kata-kata hikmah

ALLAH ENGKAU DEKAT...PENUH KASIH SAYANG..
  Apabila menghadapai kesulitan & kesusahan, kembalilah kpd Allah melalui SABAR &SOLAT
Jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu..." (al-Baqarah: 45).
Ali bin Abi Talib r.a menyatakan keadaan Rasulullah S.A.W, "Pada mlm berlaku perang Badar, semua kami tertidur kecuali Rasulullah, Baginda solat & berdoa sampai pagi."


Ø  Sebenarnya apa yg kita mohon pasti akan dikabulkan, yakinlah dgn janji Allah... Soalnya bila itu hanya DIA yg Maha Mengetahui... Jgn putus asa dgn rahmat Allah kerana DIA pasti tidak akan abaikan hambanya yg soleh & bergantung sepenuhnya kpdNYA... It's matter of time. Teruskan berdoa, berusaha & bertawakkal, pasti pertolonganNYA akan tiba, InsyaAllah


Ø  Tunjukkan kasih sayang kpd org yg dekat dgn kita, sebelum bersusah-payah menunjukkan kasih sayang kpd orang yg jauh dgn kita. Yang dekat biasanya kurang dihargai & jarang diingati, sedangkan merekalah yg berhak mendapat kasihsayang drp kita. Hargailah ibubapa, suami/isteri, anak-anak, rakan sekerja, jiran tetangga, saudara mara, staf & siapa saja yg dekat & selalu kita jumpa. Sayangilah mereka sebelum mereka tiada

Ø  Kenapa asyik fikir tentang orang lain, fikir dulu ttg diri sendiri... sebelum lihat kekurangan pd org lain, lihat dulu kekurangan dalam diri, sebelum memuji org lain, puji dulu diri sendiri...


Ø  Bila kita yakin dengan Allah, semua kerja akan menjadi mudah. Jiwa pastinya nyaman & juga tenteram... Menjadi atau tidak usaha yg kita lakukan bukanlah urusan kita, apa yg penting lakukan yg terbaik, maka hasil yg diperolehi pastinya positif & memuaskan hati! Ramai yg kecewa & stress kerna tidak mempunyai keyakinan yg teguh dgn Allah Taala...

Ø  Drp Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda : " Allah akan turun ke langit bumi pada setiap malam, ketika malam tinggal se pertiga yg ter akhir. Dia berkata : Mana hamba-Ku yg berdo'a, untuk aku kabulkan (do'anya) ?. Mana hamba-Ku yg meminta kepada-Ku, untuk Aku penuhi (permintaannya) ?. Mana hamba-Ku yg beristighfar, untuk Aku ampuni (dosanya)?." (HR Bukhari & Muslim).

~~~Jodoh Dan Takdir~~~

video
Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan 
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan


~~~Jiwang jap pagi2 ni..hehe...first time dgr lagu ni rasa best pulak..thanks cik far yang bg lagu ni..sesekali rasa tersentuh pulak bile lama2 dh dengar~~~


' Rabba Hablana Min Azwajina Wa Zurriatina Quratun a'yun, Waj'alna lil Muttaqina Imama.."...Amin ya Rabbal 'alamin..

Sunday, July 3, 2011

~~Hakikat Keinsafan dan taubat~~~

Segala kesalahan dan dosa yang telah dilakukan, serta segala tingkah laku yang mulai jauh daripada perintah Allah SWT, akan dapat diubati dengan cara bertaubat. Mereka yang bertaubat iaitu mereka yang insaf akan 
segala kekeliruan yang pernah dilakukan.

            Taubat atau keinsafan yang ada dalam jiwa seseorang itu merupakan cahaya yang menerangi jalan hidup seseorang muslim. Setelah itu orang-orang yang bertaubat akan terhindar daripada kemaksiatan. Keinsafan merupakan petunjuk dan terhindar daripada putus asa dalam diri seseorang. Akhirnya orang-orang yang insaf dan bertaubat itu akan memperoleh kebaikan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

            Di dalam agama Islam bertaubat bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan oleh seorang hamba. Bertaubat tidaklah harus bersusah payah dengan mengeluarkan segala tenaga dan harta benda, cukup dengan berusaha meninggalkan kejahatan dan kembali mengerjakan kebenaran yang diperintahkan oleh Allah. Kemudian tanamkan didalam hati bahawa rahmat Allah sentiasa menyertai orang-orang yang beriman dan bertaubat kepadaNya.

Firman Allah s.w.t:

* ö@è% yÏŠ$t7Ïè»tƒ tûïÏ%©!$# (#qèùuŽó r& #n?tã öNÎgÅ¡àÿRr& Ÿw (#qäÜuZø)s? `ÏB ÏpuH÷q§ «!$# 4 ¨bÎ) ©!$# ãÏÿøótƒ z>qçR%!$# $·èÏHsd 4 ¼çm¯RÎ) uqèd âqàÿtóø9$# ãLìÏm§9$# ÇÎÌÈ

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa[1314] semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.( surah az-Zumar:53)

Setiap manusia mempunyai dosa, oleh sebab itu setiap waktu kita harus bertaubat lahir dan batin. Mengakui kesalahan, kemudian meninggalkan kesalahan itu dan menggantikannya dengan kebaikan adalah cirri-ciri oramg yang bertaubat dan rindu dengan kebenaran yang disampaikan oleh Allah s.w.t.

            Dengan disertakan doa dan munajat kepada Allah, maka segala dosa-dosa masa lalu akan dihapuskan oleh Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:
ÎoTÎ)ur Ö$¤ÿtós9 `yJÏj9 z>$s? z`tB#uäur Ÿ@ÏHxåur $[sÎ=»|¹ §NèO 3ytF÷d$# ÇÑËÈ

  Dan Sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal saleh, Kemudian tetap di jalan yang benar.( surah Thaaha: 82)

            Menurut syariat, taubat ertinya meninggalkan seluruh perbuatan dosa dan menyesali semua kemaksiatan yang telah dikerjakan. Kemudian berusaha untuk tidak mengulanginya lagi di mana sahaja ia berada. Taubat yang sesungguhnya itu bukan disebabkan oleh sesuatu yang lain kecuali kerana Allah s.w.t.

            Hakikat keinsafan atau taubat itu adalah lahir daripada hati kecil, merupakan penyesalan atas segala yang telah terjadi. Kemudian mengharap ampunan Allah s.w.t dengan meninggalkan perbuatan dosa dan berusaha untuk selalu melakukan kebaikan. Dengan perbuatan baik itulah maka taubat seseorang dan seluruh ketaatannya akan diterima oleh Allah s.w.t.

.