Saturday, April 18, 2009

Selamat Berjuang dalam peperiksaan...

salam mujahadah...

Kepada sahabat yg dirahmati Allah...sempena peperiksaan akhir yang bakal tiba tak lama lagi,ana ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua sahabat2 sekalian..semoga Allah mempermudahkan setiap urusan kita. Disamping itu, ana menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada sahabat2 andai pernah melukakan hati,tersalah bicara dan halalkan segalanya...berjuanglah hingga keakhirnya,jangan berputus asa.Semoga kejayaan milik kita bersama...

"Allahumma ja'alni minal najihin wal faaizin wal mumtazin fil imtihan"

Insyaallah....

Saturday, April 11, 2009

Wanita Ibarat Bunga...

Wanita ibarat bunga...
Cantik indahnya pada pandanga mata hanya sementara
Yang kekal menjadi pujaan manusia
Hanyalah wanita yang mulia akhlaknya
Tiada guna berwajah cantik tetapi buruk akhlaknya
Tiada guna berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu
Wanita Ibarat bunga...
Ada yang cantik dipandang tapi busuk baunya
Ada juga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar
Tetapi bila dihalusi dengan mata hati
Ternyata tinggi nilainya..
Wanita...
Adalah makhluk yang istimewa
Diciptakan wanita kerana sunyi dan sepinya lelaki
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa adalah terletak ditangan wanita
Maka...Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka
Walaupun berat dipandang mata Si Jahil
Tetapi ia adalah kemanisan iman
Yang dititipkan oleh Allah ke atas wanita solehah
Kerana itulah...
Sebagai anak,dia menjadi anak yang solehah
Sebagai remaja,dia menjdi remaja yang berhemah tinggi
sebagai isteri,dia menjadi isteri
yang menyenangkan dan menenangkan hati suami
sebagai ibu,dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang
dan pastinya...sebagai hamba Allah
dia akan menjadi hamba yang tunduk
dan menyerah hanya kepada-Nya...
Sabda Nabi Muhammad S.a.w...
~Harta yang paling berharga didunia adalah wanita solehah~

Wednesday, April 1, 2009

Buat Wanita Solehah(Amani)

video

Kepada sahabat2 muslimat..jom hayati lagu ni...lagu ni ana dapat dari seorang sahabat karib ana dari Universiti Malaya..dia tujukan khas untuk ana, dan sekarang ana tujukan khas untuk antunna semua...kepada Siti Naddia bt Nasir...terima kasih tidak terhingga sebab tujukan lagu nie kat ana....dan untuk Azlina bt Abdul Lateh...kau sahabat kau teman,itulah selayaknya untuk Ina, terima kasih atas semangat dan dorongan selama ini...semoga ukhuwah ini selamaya,biarpun jarak memisahkan kita...tapi persahabatan ini tiada noktahnya...kutujukan lagu ini teristimewa untuk Naddia dan Azlina...salam ukhuwah