Tuesday, March 31, 2009

Kau Sahabat Kau Teman...

sentiasa bersama walau dimana,huhu....
dah 10 tahun bersama...sayang sgt2 kat shbt2 ana...

sahabat...kau sesungguhnya,temanku dikala suka dan duka...
Inilah sahabat2 ana yang paling akrab...dah 10 tahun persahabatan ni terjalin...dari tingkatan satu hinggalah sekarang,masih bersama...dari Sek Men Keb Dato Syed Ahmad,kami sama-sama berhijrah ke SMAPLABU...dan sekarang kami masih bersama2 meniti alam kehidupan mahasiswa di universiti yang sama...inilah ukhuwah persahabatan anugerah dari Yang Maha Esa,terlalu akrab hubungan kami nie...susah untuk diterjemahkan oleh perkataan...hanya hati yang dapat merasai...Selamat Ulangtahun Persahabatan sahabat2ku tersayang...

Dengarkan kerinduan di lautan memori
Mengintai kenangan indah
Yang menyentuh emosi
Masih segar diingatan
Hadirmu bawa sinar cahaya impian
Sahabat,
Kau sesungguhnya
Temanku dikala suka & lara
Tikaku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan
Untukku ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang di terbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang Esa
Duhai sahabat dengarkanlah bicara hatiku ini,
Meskipun jarak memisahkan namun tiada noktah kasih,
Biar lama ku menentukan nilai ukhuwwah yang terjalin,
Teruskan perjuanganke titisan darah terakhir
Dan aku,
masih disini terus mendakipuncak tertinggi hidupku...
Dan aku,
terus menanti saat yang manisakan berulang kembali...
SAHABAT.....
love you all...farhana, mizah n shita...

Monday, March 30, 2009

Episod Jahil Teknologi...


Assalamualaikum w.b.t...


sahabat2 semua...kali nie ana bawa satu kisah yang agak lucu...walaupun ianya merupakan kisah lucu...tetapi ade mesej yang hendak disampaikan melalui kisah ini...ana petik kisah ni dari buku yang bertajuk"Koleksi Kisah Ceria, Pengasuh Akhlak Mulia" yang ditulis oleh Ghafarullahhuddin Din, beliau merupakan seorang Prof. Madya di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Shah Alam...jom kita hayati kisah dibawah ini:


Seorang penebang pokok yang telah menebang pokok selama 35 tahun diberitahu bahawa dia boleh menebang lima batang pokok sehari sekiranya dia menebang menggunakan mesin( chain saw). Berbanding dengan cara lamanya yang menggunakan kapak dan tali, ia hanya dapat menebang sepokok sahaja. Gembira dengan perkhabaran ini, dia pun terus pergi ke sebuah kedai mesin untuk membeli sebuah chain saw.


Keesokkan harinya dia pun mencuba mesin barunya tapi hanya mampu menebang sebatang pokok sahaja. Keadaan ini diberitahu kepada isterinya apabila pulang ke rumah. Isterinya berkata, "esok awal pagi awak pergi menebang dan pulang lambat sedikit." Lalu dituruti pesan isterinya itu tetapi hasilnya cuma dua batang sahaja dapat ditebang dengan kepenatan yang amat dahsyat.


Keesokkan harinya dia membawa mesin itu ke kedai dan berkata, " awak kata saya boleh tebang lima batang pokok sehari, tapi saya hanya dapat tebang satu hingga dua batang saja."


Jurujual pun menjawab," biar saya periksa dulu." Lalu ditariknya tali dan mesin chainsaw itu hidup dan berbunyi dengan kuatnya.


Penebang pokok lalu berkata, " eh, gergaji ini boleh hidup rupanya?"


Moralnya ialah: Perkembangan teknologi ternyata akan membawa anjakan baru dalam kehidupan manusia. Namun anjakan ini akan betul2 bermakna dan bermanfaat jika kita memberi kepekaan yang setepatnya terhadap perkembangan teknologi tersebut.


sahabat2 yang disanjungi,

banyak lagi kisah2 menarik yang terdapat dalam buku ini, buku ni merupakan salah satu buku yang membuatkan kita selalu tersenyum dan ketawa, disamping ianya dapat memberi pengajaran kepada kita...selamat menghayati kisah ni...


Tuesday, March 24, 2009

Wajah Di Hati...

video

Assalamualaikum...sahabat2...dah agak lama ana x post sesuatu kat blog nie...kesuntukan masa diakhir2 nie menyebabkan ana terpaksa menangguh niat untuk menulis sesuatu dalam blog nie...namun dikesempatan yang ada ni ana nak ajak sahabat2 merehatkan minda menghayati lagu "Wajah Di Hati" yang di popularkan oleh kumpulan Wildan...terpulang kat antum bagaimana nak menilai lagu nie...setiap manusia diberi akal fikiran untuk menilai sesuatu sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat...Pertama kali ana dengar lagu ni...ada sesuatu yang terdetik dihati ana nie..tapi biarlah ia terus tersembunyi di hati ana...tetapi apabila dihayati lagu nie...ada mesej yang hendak disampaikan...mesejnya mungkin agak simple tetapi itulah yang kita leka dan alpa...ayuh kita sama2 mendengar dan menghayatinya....semoga mesej dari lagu ni dapat membuka minda kita untuk menghargai setiap insan yang hadir dalam hidup kita...wallahu'alam...

Thursday, March 12, 2009

Nilai Kasihmu kurindu...

Assalamualaikum....

kali nie tergerak dihati ana untuk meluahkan rasa hati ana tentang nilai kasih ibu dan ayah...
saat ana menulis artikel ni...hati ana dihujani dengan perasaan rindu yang amat sangat terhadap ibu dan ayah ana...dah hampir dua bulan ana tak menatap wajah mereka...ana tersangat rindu,dan ana tahu mereka jugak rasa ape yang ana rasa sekarang...tapi apakan daya, kesuntukan masa menyebabkan ana tak berpeluang nak jenguk mak dan ayah kat kampung...kesibukan ana dengan kuliah dan komitmen pada kelab menyebabkan ana terpaksa berkorban perasaan ana nie...tanggungjawab yang telah Allah taklifkan kepada ana membuatkan ana terpaksa pujuk hati agar tabah lalui saat genting begini...ana akui,dikala ini ana dibebani dengan pelbagai perkara yang menyebabkan fikiran dan perasaan ana sering terganggu...ana amat perlukan mak dan ayah saat ni, mereka tempat ana meluahkan isi hati ini....nasihat dan pujukan mereka sikit sebanyak dapat menenangkan jiwa ana...itulah 2 insan yang sangat memahami diri ana...sentiasa hadir disaat ana memerlukan teman,doa mereka sentiasa ana perlukan dalam setiap saat dan ketika kerana bagi ana disitulah letaknya keberkatan ibu bapa...

Buat ibuku...dengarlah rintihan kasih anakmu yang amat merinduimu...

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu......

itulah rasa hati ana disaat ini...alangkah bahagianya kalau ana peluk dan cium ibu ana disaat ini,pasti hilang segala duka dan rindu dihati ana ni...

Dan untuk ayahanda yang tercinta...rasakalah hati ini yang amat sayangkan rindukanmu...pengoranan ayah terlalu besar...terpahat dihati ini rasa kasih yang takkan pernah suram...khas untukmu ayah...

Ketika berjauhan masihku rasa
hangat kasihmu ayah
betapa kurindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
yang selalu engkau pamerkan
bagaikan tiada keresahan...

Walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian...

Ketika ku dalam kedukaan
kau mendakapku penuh pengertian
disaatku diriku kehampaan
kau setia mengajarku erti kehidupan...

Terpancar kebanggaan dalam senyuman
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarka aku terus kecewa...
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa..
kau iringkan...

Tak dapatku bayang
hidupku ayah tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan...
tersemat dihati.....

Sahabat2 yang disayangi....

hargailah kedua orang tua kita selagi mereka masih hidup...jangan biarkan mereka dalam kedukaan...keberkatan mereka penetu kejayaan kita didunia dan juga diakhirat dan ingatlah bahawa redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Ana masih ingat lagi pesanan seorang ustaz...sebelum kita melangkah kaki kita untuk pergi ke kuliah atau ke majlis-majlis ilmu...sedekahkan Al-Fatihah buat kedua ibu bapa kita, insyaallah...kita akan dapat merasai keberkatan dan keredhaan mereka mengiringi tiap jejak perjuangan kita didunia ini...alhamdulillah,itulah yang menjadi amalan ana sehingga kini.....

Sebelum ana mengundur diri...sedikit bingkisan doa ana buat mak dan ayah ana tersayang serta untuk ibu bapa antum juga...

Kami anak-anakmu
ingin memohmon restu
wahai inuku wahai ayahku
ampunkan dosa-dosaku
wahai ibuku wahai ayahku
redhakan akan diriku...

Kuhulurkan salam
buat Rasul Junjungan
moga disyafaatkan...

Ya Allahu Ya Rabbi
Ya fatahu Ya A'lim
Ya Rahmanhu Ya Rahim....

wahai Tuhanku kasihi daku
kasih ibu dan ayahku
Wahai Tuhanku rahmati daku
rahmati ibu dan ayahku....

selamatkan mereka dari azab neraka
dan bencana dunia...
hubungkan mereka dengan talimu
Amin Ya Rabbal A'lamin

Limpahkan hidayahmu untuk ibu dan ayahku
berkatilah aku dan ibu ayahku
sayangilah mereka sepertimana
mereka menyayangiku...
dan mengasihiku waktu kecilku
tak terbalas budi jasanya...

Wahai ibuku wahai ayahku
didiklah anak-anakmu
moga menjadi penyejuk dimata
penawar resah hatimu...

Ampunkan segala ketelanjuranku
halalkan makan minumku
doakan semoga aku selamat
didunia dan akhirat.....

wallahu'alam....

Tuesday, March 10, 2009

salam ukhuwah...

sahabat2 yg sentiasa ziarah blog ni...

Ana mohon maaf diatas kekurangan pada blog nie...blog nie masih dalam proses kemaskini..insyaallah sedikit masa lagi blog ana nie akan kembali seperti dulu...kepada Ummuhirrah...syukran sbb selalu ziarah blog ana yang serba kekurangan nie...tp anti banyak menaikkan semangan ana untuk lakukan yang lebih baik...dan kepada sahabat2 yg lain,ahlan wasahlan diucapkan kepada antum dan syukran sebab sudi singgah sebentar di "teratak mawar berduri" ana nie...jazakallahu khairan kathiran...salam..

Sunday, March 8, 2009

Pemergian yang sentiasa dirindui...

Assalamualaikum w.b.t….
Sahabat-sahabat sekalian,kaifahalukum???....errmm,kali nie ana nak kongsi ngan antum tentang ape yang terbuku dihati ana mengenai Kekasih Allah yang sentiasa ana rindui…Nabi Muhammad s.a.w…tak lama lagi kita akan menyambut Maulidur Rasul,jadi elok benar andainya kali ini ana nak bercerita mengenai Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w…sebelum ayuh kita hayati lagu Pemergianmu yang dipopularkan oleh kumpulan inteam…

PEMERGIANMU

(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu
Yang EsaTangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahduIringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiadaBersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu…

Ape perasaan sahabat-sahabat bila dengar lagu nie???ana pasti lagu nie amat menyentuh hati sanubari kita…pertama kali ana dengar lagu nie waktu ana masih belajar kat SMAPLABU…dan ketika pertama kali ana dengar lagu,ana tak dapat nak tahan sebak didada…betapa sayunya hati ana waktu 2,ana rindu sangat nak jumpa ngan Nabi Muhammad s.a.w…ana tak dapat nak bayangkan keadaan Baginda s.a.w ketika berhadapan dengan sakaratul maut,,,sehinggakan malaikat Jibril a.s memalingkan wajahnya daripada menatap Baginda s.a.w…namun baginda masih mampu tersenyum…subhanallah….alangkah mulianya Rasulullah s.a.w….namun qada’ dan qadar Allah harus kita terima…Baginda pergi jua menghadap Tuhan Yang Maha Esa…Al-Fatihah….

Sahabat-sahabat yang disayangi…

Apabila disingkapkan kembali sejarah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w…ana rasa takjub dan kagum dengan kebesaran Ilahi…ketika baginda dilahirkan,pelbagai peristiwa aneh yang berlaku…dan kelahiran Baginda s.a.w disambut dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan oleh datuknya iaitu Abdul Mutalib…Baginda dibawa oleh datuknya mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali dan penduduk Mekah meraikan kelahiran Baginda s.a.w selama 7 hari 7 malam…kelahiran baginda juga dikenali sebagai Maulidunnur…iaitu “Kelahiran Cahaya”….
Ana pasti sahabat-sahabat sekalian sudah arif mengenai sirah Nabi Muhammad s.a.w….oleh itu,sama-samalah kita hayati kisah baginda s.a.w. yang telah terlakar didalam pelbagai karya dan tulisan..mudah-mudahan kita akan mendapat syafaat di hari pembalasan kelak….
Sekian dulu dari ana untuk kali ini…ana akhiri dengan selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w….

Segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan diri ana sendiri…salam Maulidur Rasul….

Wallahu’alam….

Tuesday, March 3, 2009

Luahan Hatiku...

Assalamualaikum...
Kaifahulukum sahabat2 sekelian...ana harap antum semua sihat sejahtera dan dirahmati Allah...
ana baru je balik dari ceramah anjuran ISIUKM...ermm..kupasan tajuk malam nie agak menarik...ana bersyukur kepada Allah s.w.t sebab diberi kesempatan untuk menghadiri majlis ilmu kali nie..bukan senang kita join program2 macam nie...semuanye perlukan sifat mujahadah dalam diri...mujadah untuk melawan nafsu kita...ana rase sahabat2 sekelian pun faham...syaitan sentiasa memainkan peranan tatkala hati kita mula berjinak dengan Sang Kekasih kita yakni Allah s.w.t...oleh itu..kita kena la tanamkan dalam diri kita untuk lawan semua nie...
sambutan majlis malam nie agak luar biasa terutama dikalangan muslimat...namun...amat menyedihkan...golongan muslimin terlalu sedikit...
"Ya Allah...dimanakah syabab-syababMu..yang akan membela agamaMu...yang akan menjadi benteng ketahanan Ummah...dimanakah syabab-syabab yang akan menjadi pemimpin bagi kaum Hawa yang lemah...bukankah Kau telah berfirman..: "ar-rijal qawwamun a'la an-nisa",kembalikan mereka ke sisi agamaMu,untuk membantu meringankan beban dakwahMu ini".Amin..
Ana berharap sangat kepada sahabat-sahabat sekalian, rebutlah peluang yang ade terbentang dihadapan kita...persiapkan diri kita dengan ilmu dan taqwa...berjuanglah untuk Islam...kelak hidup kita bahagia bukan saja kat dunia malah diakhirat yg kekal abadi. Insyaallah...sama-salah kita renungkan..selamat malam.

Sunday, March 1, 2009

Rabbi yassir wala tu'assir..


penawar hatiku...



USAH PUTUS ASA

Ketahuilah olehmu sahabatku...Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia... Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha. Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya...Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu. Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja ... Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...Allah SWT selalu berada disampingmu. Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan ... Allah SWT punya jawapannya.Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan...Allah SWT dapat menenangkanmu. Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...Allah SWT sedang berbisik kepadamu. Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,Allah SWT telah memberkatimu. Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,Allah SWT telah tersenyum kepadamu. Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu. Maka ingatlah..walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap... Allah SWT TAHU SEGALANYA..