Thursday, November 20, 2008

Lembaran Hidup Wanita Solehah...


Mampukan aku menjadi seperti Siti Khadijah?

Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah

hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah

penawar hati kekasih Allah

susah dan senang rela bersama


Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah?

Isteri Rasulullah yang bijak

Pendorong kesusahan dan penderitaan

tiada sukar untuk dilaksanakan...


Mengalir air mataku

melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah

akur dalam setiap perintah

taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang

tiada memiliki harta dunia

layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga


Ketika aku marah

inginku intip serpihan sabar

dari cacatan hidup Siti Sarah


Tadah jiwaku

Setabah umi Nabi Ismail

Mengendong bayinya yang masih merah

mencari air penghilang dahaga

di terik padang pasir merak

ditinggal suami akur tanpa bantah

pengharapannya hanya pada Allah

Itulah wanita bernama Siti Hajar


Mampukah aku menjadi wanita solehah???

mati dalam keungggulan iman

bersinar indah, harum tersebar

bagai wanginya pusara Masyitah.

lelaki acuan Al-Quran


wahai putriku sayang...


kerana cinta

Cinta itu cahaya sanubari....
kurnian tuhan fitrah insani
dan dimana teciptanya cinta
disitu rindu bermula....

Cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahgia biarpun sengsara
berkorban segala-gala...

Semua kerana cinta
yang pahit manis dirasa
menghibur nestapa merawat luka
damai dijiwa...........

Terpadam api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pula kerana bercinta
kitapun leka entah kemana
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

Cinta yang sejati hanya cintakan ilahi
cinta ayah bonda tulus suci selamanya
cintakan saudara masa berada hanya sementara
cinta sesama insan...
suburkan dengan ketaqwaan.

LA TAHZAN...INNALLAHA MA'ANA


bicara Layyinul Harir...

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Buat sahabat-sahabat sekalian,syukran jazilan kerana sudi melawati blog ana yang serba kekurangan ini...blog ini dicipta khusus sebagai wadah perkongsian ilmu...jadi ana harap antum sudi memberi komen atau sebarang perkongsian ilmu,dengan harapan secebis ilmu yang antum kongsikan mendapat berkat daripada Allah swt...itulah yang diajar dan dituntut didalam agama Islam yang mulia ini...InsyaAllah...berkat keikhlasan antum mendapat balasan di akhirat kelak.
Blog ini juga ana tujukan khas buat muslimat, semoga segala nasihat dan tazkirah yang terukir didalam blog ini menjadi medium untuk kita sama-sama memperbaiki diri...dan buat kaum muslimin, antum juga dialu-alukan untuk berkongsi ilmu didalam blog ini untuk sama-sama saling ingat mengingati, antum adalah pemimpin bagi kaum hawa, pimpinlah kami di dalam mencari redha ilahi, hakikatnya Adam sentiasa memerlukan hawa disisinya dan begitu jualah sebaliknya...akhir kalam, selamat datang ke blog ana!

layar keinsafan...

video
video

dengarkan segalanya...

video

cinta teragung...

video

mahar cinta...

video

kasih dan sayang seorang wanita...


aku menyintaimu..


Wednesday, November 19, 2008

wahai muslimah sejati...

Sesucinya hati
Kaulah mawar idaman Mekarmu dipagari dan dibajai
mu seindah akhlakmu
Diciptakan sebagai wanita
yang mewarisi kelembutan wanita muslimah
kembangmu tetap indah
walau cuma ditaman larangan
menyiratkan Nur keimanan
nan mekar dihiasi mahmudah
berkat asuhan ayahbonda
kaulah serikandi ummah
akhlakmu permata diri
peliharalah maruah dan harga diri
nescaya kaulah yang bernama wanita sejati
kebaggaan ayahbonda…..
jadilah pendamba cinta Ilahi
perindu syahid abadi……

gadisku...


Gadisku...
sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada tulang rusuk adam yang bengkok, menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun... tak semua bunga senang untuk didekati sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya, umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan gah warnanya yang memancar indah dan mengundang kekaguman sang kumbang... tetapi awas duri yang melingkari bunga itu bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku...
aku suka sekiranya engkau menjadi mawar inspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah Subhanahu Wataa'la. Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk...

Ingatlah bahawa ciri2 wanita solehah adalah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya..

seindah mawar berduri...

Kau bunga ditaman larangan
Mekarmu dipagari dan dibajai
Dari sucinya hati seorang wanita terpelihara
Biar badai menduga
Kembangmu tetap indah
Dari Nur keimanan
Menjulang dijiwamu
Asuhan ayah bonda
Kau serikandi ummah
Akhlakmu bunga diri
Menjaga agama dan budi
Dikaulah yang bernama.....
WANITA SEJATI...
penyeri syurga yang abadi....