CINTA ITU BERERTI MEMBERI!
30 November 2009 pada 8:13 pm (Tentang Cinta) ditulis oleh Ustaz Pahrol Mohd Joui
Tags: AL WAHHAB, cinta, MEMBERI, RASULULULAH, Tuhan
(Maaf, sudah agak lama saya tidak memasukkan entri baru… Kesuntukan waktu adalah kekangan yang sangat besar untuk saya menulis. Walaupun saya sedih kerana tidak dapat membalas dan melayan banyak pertanyaan dari pengunjung, tetapi apakan daya, saya juga diuji dengan apa yang selalu saya sampaikan. Kadang kalah juga di jalan mujahadah ini!
Selepas mengendalikan kursus di A Farmosa Melaka, untuk pegawai-pegawai atasan ATM minggu lalu, saya terus mengendalikan bengkel tulisan di UIA. Kemudian terus ke USIM, untuk menjadi panel pembentangan kertas kerja DAKWAH KONTEMPORARI… belum sempat berehat anak saya yang sedang menuntut di IPT pula ditimpa kemalangan. Terpaksa menguruskannya pula dicelah-celah kesibukan melaksanakan ibadah korban.
Saya agak keletihan… tetapi alhamdulillah, tega dengan segalanya. Terdorong oleh kata-kata yang pernah saya sendiri nukilkan dahulu: Beribadahlah sehingga kau berasa letih untuk melakukan maksiat.Untuk anda, sudi-sudikan membaca tulisan ini seadanya. Bacalah, dengan nama Allah..
CINTA ITU BERERTI MEMBERI!
Sudah menjadi sunatullah, orang yang berjaya pada tahap “biasa-biasa” sahaja ialah orang yang membawa hanya dirinya sahaja berjaya. Tetapi orang yang berjaya pada tahap luar biasa ialah orang yang membawa orang lain berjaya bersamanya. “No man becomes rich unless he enriches others” – tidak ada orang boleh menjadi kaya hingga dia “mengkayakan” orang lain.
Hakikat ini bukan sahaja dilihat dari sudut material, malah di sudut ilmu, iman, taqwa pun begitu juga. Orang yang paling beriman, bertaqwa dan berilmu ialah orang yang membawa orang lain bertaqwa, beriman dan berilmu bersamanya!
Hakikat ini semacam sudah tradisi dalam perjalanan hidup para Salafussolaeh zaman dahulu. Lihat sahaja Rasulullah s.aw. Baginda dikenali sebagai pemimpin yang berjaya. Dan di bawah didikannya telah lahir ramai pemimpin-pemimpin lain yang berjaya. Antaranya Sayidina Abu Bakar ra, Umar ra, Uthman ra, Ali ra dan sebagainya. Begitu juga dikalangan ulama-ulama besar. Lihatlah betapa ramainya ulama yang dilahirkan hasil didikan Imam Safie, Hanbali, Maliki dan Hanafi.
Bagaimana membawa orang lain berjaya bersama kita? Untuk itu kita mesti amalkan sikap memberi. Kita mesti memberikan ilmu, pimpinan, panduan, kemahiran kepada orang di sekeliling kita. Jangan bakhil menabur kebaikan. Monopoli ilmu, tenaga, bakat dan kemahiran yang ada hanya akan menyekat pertumbuhan dan perkembangan diri kita sendiri. Percayalah, memberi kepada orang lain samalah seperti memberi kepada diri sendiri. Tangan yang menghulur bunga mawar pasti berbau harum!
RASULULLAH SAW PALING BANYAK MEMBERI
Justeru, Islam sangat menganjurkan agar umatnya memberi. Bahkan tidak salah kalau dikatakan menjadi seorang Islam secara automatik menjadi orang yang memberi. Islam ialah agama yang sangat sinonim dengan sikap memberi. Bayangkan, kedatangan Rasulullah s.a.w adalah untuk memberi rahmat kepada sekalian alam. Sejarah hidup Rasulullah saw memaparkan bagimana baginda memberikan tenaga, harta malah jiwanya untuk umat manusia mendapat hidayah Islam.
Bahkan salah satu sifat yang wajib bagi Rasulullah s.a.w ialah tabligh, ertinya menyampaikan. Bukan sifat itu sangat rapat dengan sikap memberi? Apa yang baginda terima sebagai wahyu daripada Allah akan terus disampaikannya (diberikannya) kepada umat tanpa disembunyikan, disekat atau diselewengkan. Begitu tulus dan telus baginda dalam memberi.
Sejarah kehidupan Rasululah saw diukir indah oleh sikap memberi. Baginda memberi bukan sahaja sewaktu senang, bahkan semasa susah. Sewaktu susah, Rasulullah saw memberi penuh kesabaran. Sewaktu senang baginda memberi dengan kesyukuran. Orang Arab Badwi yang menerima kambing pemberiannya pernah berkata, “dia memberi tanpa takut kepada kekurangan. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan, sifat memberi baginda lebih terserlah daripada biasa. Sehingga disifatkan oleh ahli sejarah, tangannya umpama “angin kencang” yakni sangat laju dalam memberi sedekah dan hibah.
Semasa peristiwa Futuh Makkah (pembebasan kota Makkah) yang bersejarah itu, baginda telah memberi maaf kepada kafir Quraisy yang pernah menzalimi bahkan pernah berusaha untuk membunuhnya. Pernah baginda tidak dapat tidur kerana memikirkan kalau-kalau masih ada wang berbaki yang belum disedekahkannya kepada fakir miskin. Dan pada saat-saat kritikal menjelang kewafatannya pun, baginda masih sempat memberi peringatan kepada umatnya tentang kepentingan mendirikan solat walaupun dengan kata-kata yang terputus-putus… as solah, as solah… Baginda masih memberi peringatan!
Sikap memberi Rasulullah saw ini (menyampaikan risalah Islam) telah diteruskan oleh para sahabat, tabiin, tabiut tabiin dan umumnya salafussoleh. Generasi yang hidup 300 tahun selepas Rasulullah saw ini terus memberi masa, tenaga dan jiwa mereka untuk menyebarkan dakwah, menyampaikan ilmu dan memberi bimbingan kepada seluruh umat manusia hingga dengan itu Islam telah tersebar di seluruh dunia.
Bayangkan apa akan jadi kepada manusia dan dunia jika sikap memberi ini terencat dan tersekat selepas kewafatan Rasulullah saw? Tentu sahaya dunia akan gelap dan manusia akan terus kufur. Sejarah mencatatkan 2/3 para sahabat Rasulullah saw telah mati di luar Semenanjung Arab semasa memikul tugas menyampaikan Islam. Ya, begitu agung dan tinggi sekali sikap memberi yang ada di dalam jiwa mereka.
TRADISI MEMBERI
Dulu, kini dan selamanya Islam sangat mementingkan tradisi memberi ini. Islam itu sendiri ertinya selamat dan memberi keselamatan. Dalam rukun Iman dan rukun Islam terpancar anjuran memberi itu secara langsung atau tidak langsung. Dalam bacaaan solat sahaja misalnya, kita diajar, dilatih dan didisiplinkan untuk memberi pujian kepada Allah, berselawat kepada Rasulullah, memberi salam kepada malaikat dan mendoakan orang-orang Islam yang lain.
Begitu juga dengan ajaran puasa yang antara hikmahnya agar kita merasai kesusahan orang miskin dan dengan itu kita terdorong untuk memberi bantuan kepada mereka. Dan pada bulan Ramadan kita dianjurkan untuk bersedekah kepada fakir miskin, memberi makanan untuk orang berbuka puasa dan sebagainya. Manakala tuntutan mengeluarkan zakat adalah ditunjangi oleh kewajipan memberi kepada lapan golongan yang sangat memerlukan dalam masyarakat. Begitu juga dengan amalan berkorban binatang, aqiqah dan menjamu orang-orang miskin, semuanya berasaskan sikap memberi. Apabila ada pelanggaran hukum ataupun kesalahan dalam melaksanakan sesuatu ibadah – misalnya kewajipan membayar dam (dalam ibadah haji), kafarah (dalam ibadah puasa), diyat (jenayah membunuh) dan lain-lain, denda atau hukumannya selalaunya berasaskan sikap memberi seperti membebaskan hamba abdi, memberi makan fakir miskin dan lain-lain lagi.
Dalam adab-adab pergaulan juga, umat Islam digalakkan untuk memberi dalam sebaik sahaja bertemu dengan saudara seIslam kita. Dengan memberi salam bererti kita “memberi” doa demi kesejahteraan saudara kita. Begitu juga dengan membalas salam, kita membalas pemberian doa itu dengan satu doa yang setimpal malah disunatkan lebih lagi. Kita digalakkan sering berziarah (ini memerlukan kita memberi masa, wang dan tenaga), memberi hadiah, mengucapkan tahniah, menyampaikan takziah dan lain-lain perlakuan yang bersifat memberi.
TUHAN ITU AL WAHHAB (MAHA PEMBERI)
Dan di atas segala-galanya itu, Allah adalah Pemberi yang Maha Pengasih dan Pemurah. Nama-nama Allah seperti Al Rahman, Ar Rahim, Ar Razzak, Al A’fu, Al Ghaffar, At Tawwab adalah sangat berkait dengan sifat memberi. Malah salah satu nama Allah yang berkait secara langsung dengan sifat memberi ialah Al Wahhab (Maha Pemberi). Kita diwajibkan mengenal sifat Al Wahhab (Maha Pemberi) ini. Bukan sahaja wajib belajar, memahami dan menghayati Al Wahhab malah kita dituntut untuk meniru dan menteladani sifat mulia dan baik itu dalam kehidupan sehari.
Mari kita renungkan beberapa kriteria sifat Al Wahhab agar kita menyedari betapa hebat dan agungnya sifat memberi pada Allah . Berikut adalah sifat-sifat Al Wahhab:
i) Allah memberi tanpa pinta dibalas.
Berbeza dengan manusia yang sering memberi untuk mendapat balasan, Allah sebaliknya Maha kaya dan Maha Perkasa daripada sebarang sifat kekurangan dan kelemahan. Allah tidak memerlukan makhluk sebaliknya makhluk yang memerlukan-Nya. Allah mengurniakan begitu banyak nikmat, rahmat dan kurniaNya kepada setiap manusia, dan pemberian itu tidak mungkin dapat dibalas. Allah Maha Mengetahui hakikat itu, namun Allah terus memberi walaupun tidak dibalas oleh hamba-hamba-Nya yang kufur dan dibalas secara tidak setimpal oleh hamba-hamba-Nya yang taat.
Usahkan untuk membalasnya, mengiranya sahaja manusia tidak mampu. Kita meminjam terlalu banyak kepada Allah. Ironinya, walaupun pinjaman itu masih tertonggak, namun Allah tidak menarik semula nikmat pinjaman-nya kepada kita. Sekiranya Allah menghentikan pemberian-Nya, maka akan terhentilah perjalanan dunia dan seluruh kehidupan ini. Tetapi tidak begitu, walaupun begitu banyak “hutang” manusia kepada Allah yang tidak dilangsaikan, namun Allah tetap memberi… kerana Allah memberi tanpa minta dibalas.
ii) Allah memberi sebelum diminta.
Kebanyakan manusia, hatta yang pemurah sekali pun, akan memberi setelah diminta oleh orang lain. Allah sebaliknya, memberi sebelum diminta oleh makhluk-Nya. Manusia bersifat pelupa. Sering kali kita lupa meminta apa yang kita sendiri perlukan dalam hidup. Namun, Allah Maha Penyayang, Dia memberikan juga kita rezeki, perlindungan, kesihatan dan pimpinan walaupun kita sering lupa untuk meminta perkara-perkara itu dalam kehidupan ini.
Bayangkan apa akan jadi kepada kita jika Allah memberi hanya apabila kita memintanya? Boleh bernafaskah kita saat ini sedangkan pagi tadi kita “terlupa” memohon oksigen? Apakah kita masih beragama Islam pada hal kita sering lupa meminta dikekalkan hidayah ini di dalam diri kita? Mujur dan syukur, sifat Al Wahhab Allah itu terus pro-aktif (jika boleh dikatakan begitu) memberi, sentiasa dan selamanya, walaupun manusia sering lupa memintanya.
iii) Allah memberi berulang-ulangkali dan berterusan.
Sejak di alam rahim lagi manusia telah mengecap nikmat Allah yang tidak henti-henti dan berulangkali. Dalam tubuh manusia terjadi terjadi pelbagai proses yang unik dan kompleks. Proses bernafas, pernafasan, penghadaman, perkumuhan, pembiakan dan lain-lain sentiasa berlaku secara konsisten. Jantung terus mengepam, buah pinggang terus menyaring, neuron dalam akal terus berfungsi sejak bermulanya kehidupan.
Bukan itu sahaja malah ada berjuta-juta lagi proses yang sentiasa berlaku dalam seluruh makhluk ini – daripada haiwan, tumbuhan, bumi, bulan, matahari, bintang-bintang hinggalah ke seluruh semesta alam ini. Sentiasa ada kuasa yang mengatur, menyusun, menetapkan, menghidup, mematikan, menjalankan dan memberhentikan. Alam ini disusun secara sistematik dan proses pengaturan dan pelaksanaannya berjalan secara berterusan dan berulang kali. Untuk siapa? Ya, untuk manusia – khalifah di muka bumi.
Semua itu dalam kekuasaan Allah yang tidak alpa, letih, mengantuk, tidur dan lemah untuk memberi berulang kali dan berterusan. DIA mahu memberi berulang kali. Kekuasaan-Nya sangat hebat, sehingga DIA mampu memberi secara berterusan. Sebaliknya, kasih-sayang dan kekuasaan makhluk ada batasnya… kita tidak mahu dan mampu memberi secara berulang kali dan berterusan.
iv) Memberi segala sesuatu yang sangat berharga.
Allah memberi sesuatu dengan tujuan. Tuhan tidak memberi sesuatu dengan sia-sia. Manusia diciptakan dengan tujuan yang besar – hamba Allah dan khalifah di muka bumi). Oleh itu apa sahaja yang diberikan Allah adalah “besar” demi melaksanakan tujuan yang besar itu. Allah memberi manusia nikmat zahir yang berupa harta, makanan, minuman, pakaian dan lain-lain. Allah jua memberi manusia nikmat batin yakni ilmu, akal, hidayah, iman, taqwa dan lain-lain. Semua itu sangat berharga sama ada dinilai dari sudut material mahupun dari sudut rohani.
Manusia memberi juga tetapi sering kali yang diberikan itu sesuatu yang tidak berharga. Berapa banyak produk-produk yang tidak berkhasiat malah ada yang beracun beredar di pasaran. Begitu juga dengan perkhidmatan yang sering mengeksploitasi dan memanupulasi pelanggan. Sehingga dengan itu terpaksa digubal pelbagai undang-undang dan akta untuk melindungi para pengguna.
v) Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan Kebaikan
Allah memberikan pelbagai kebaikan kepada manusia berupa harta, ilmu, kuasa, kesihatan, iman dan sebagainya. Dengan segala yang baik itu Allah inginkan hamba-Nya melakukan kebaikan kepada orang lain. Maksudnya, kebaikan yang diberikan kepada kita bertujuan untuk kita memberi kebaikan kepada yang lain. Antara pengertian manusia sebagai khalifah (mengikut sesetengah ulama) ialah memberi kebaikan kepada diri, orang lain dan persekitarannya.
Allah berikan kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita mengajar dan berdakwah kepada masyarakat. Diberikan-Nya kita iman agar kita berbaik-baik, berkasih sayang dan berukhawah sesama manusia, kepada haiwan, tumbuhan bahkan kepada alam semesta. Tegasnya, Allah bukan sahaja memerintahkan kita menjadi orang yang baik tetapi mesti memberi kebaikan!
TIRULAH SIFAT AL WAHHAB
Kita dituntut meniru sifat Al Wahabb ini walaupun mustahil kita mampu menyamai-Nya.
“Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah.”
Maksudnya, orang yang memberi itu lebih baik daripada orang yang menerima. Oleh sebab itulah, ramai ulama berpandangan menjadi orang kaya yang syukur adalah lebih utama berbanding orang miskin yang sabar. Mengapa?
Selain daripada kesukaran mengawal hati agar tidak lalai ketika memiliki kekayaan berbanding mengawal hati agar tidak resah ketika ditimpa kemiskinan, orang kaya yang bersyukur adalah lebih baik daripada orang miskin yang sabar kerana orang kaya yang syukur lebih bermampuan untuk memberi.
Jika kesabaran simiskin hanya bermanfaat buat dirinya, sebaliknya sifat dermawan sikaya memberi manfaat kepada orang lain. Pemberian zakat, sedekah dan hadiah daripada orang kaya melimpah ruah manfaatnya kepada masyarakat. Rasulullah saw pernah bersabda:
“Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.”
MANFAAT DARIPADA MEMBERI
Apakah manfaat daripada sikap memberi? Mengapa Islam sangat menggalakkan bahkan kekadang mewajibkan umatnya untuk memberi? Antara manfaatnya ialah:
i) Mengikis sifat mazmumah.
Dengan memberi kita akan dapat membuang sifat mazmumah seperti sombong, hasad dengki, tamak, pemarah dan lain-lain. Harta, ilmu, kuasa dan apa yang kita miliki adalah punca sifat-sifat mazmumah. Dengan menyimpannya sahaja (tanpa memberi), samalah seperti menyimpan “virus” yang sangat berbahaya pada hati kita. Sebab itu kita diwajibkan mengeluarkan zakat.
Istilah zakat itu diambil daripada kata asal “zakah”, ertinya membersihkan. Ertinya, zakat fitrah membersihkan diri, manakala zakat harta membersihkan harta. Oleh itu jika kita tidak mengeluarkan zakat, diri dan harta kita akan “kotor”. Kekotoran diri dan harta inilah yang menyebabkan kekotoran hati. Hati yang kotor adalah punca penyakit mazmumah.
Sebaliknya dengan memberi zakat, kita umpama mengeluarkan toksid-toksid daripada diri, harta seterusnya hati kita. Bila hati sihat, kesihatan itulah yang akan menumbuhkan sifat-sifat mahmudah seperti tawaduk, pemurah, pemaaf dan sebagainya. Yakinilah, sikap memberi adalah terapi, ubat dan penawar kepada penyakit-penyakit hati. Sebab itu bijak pandai mengungkapkan:
“Memberi lebih gembira daripada menerima.”
ii) Mendapat lebih banyak.
Percayakah kita bahawa dengan memberi kita akan mendapat lebih banyak? Maksudnya, dengan memberi, harta, ilmu, iman, tenaga dan lain-lain milik kita tidak akan berkurangan malah akan bertambah. Ini disebabkan sebaik sahaja kita membuat keputusan untuk memberi apa yang kita miliki, Allah akan membuka pintu rezeki, ilmu dan iman yang lebih luas untuk kita. Walaupun niat kita memberi bukan untuk menerima, tetapi hakikatnya siapa yang banyak memberi dialah yang akan lebih banyak menerima.
Kita perlu yakin bahawa setiap 1 yang kita berikan di jalan Allah, Allah akan gandakan 700 kali sebagai balasan. Ini suatu yang menakjubkan. Apakah ada pelaburan di mana-mana istitusi kewangan atau perbankan di dunia hari ini yang mampu membayar dividen atau pulangan sehingga 700 kali ganda? Jawabnya, tidak ada. Namun itulah janji Allah. Dia Maha Kaya dan Maha Pemurah. Malah pada situasi-situasi yang lebih istimewa dan khusus, Allah telah menjanjikan pembalasan pahala tanpa hisab (tanpa hitungan lagi) kepada para hamba-hamba-Nya yang juga istimewa.
Bagi orang yang sabar, Allah telah berjanji memberi ganjaran tanpa hisab. Manakala untuk orang yang berpuasa, Allah telah berjanji melalui lidah Rasulullah saw untuk memberi pahala mengikut kehendak-Nya yang tidak terbatas lagi.
iii) Mewujudkan perpaduan dan keharmonian.
Dengan hanya berfikir untuk mendapat, kita akan menjarakkan. Sebaliknya bila kita berfikir untuk memberi, kita akan merapatkan. Hukum kasih sayang menyatakan bahawa jika hendak disayangi, mesti terlebih dahulu menyayangi. Hanya dengan “memberi” kasih sayang kita akan mendapatnya.
Sebaliknya, sikap tidak mahu memberi akan mencetuskan perbalahan. Kata bijak pandai, “all getting separates you from others; all giving unites to others” – hanya berfikir untuk mendapat akan menjauhkan diri kita daripada yang lain; hanya berfikir untuk memberi akan menyatukan kita dengan yang lain.
Begitu juga jika kita hendak difahami, mesti terlebih dahulu memahami – “first seek to understand than to be understood” – bertindak dahulu untuk memahami baru kita akan difahami. Sikap memberi sangat penting untuk mencipta keharmonian dan sebarang bentuk komunikasi.
Kemesraan dalam perhubungan disebabkan sikap memberi. Sikap memberi boleh dilihat dalam perbualan sehari-hari. Orang yang memberi lebih banyak mendengar daripada bercakap dalam berkomunikasi. Percayalah dengan lebih banyak mendengar, kasih sayang dan cinta akan lebih bersemarak. Ingatkan kita pada ungkapan, the first duty of love is to hear? (Tugas cinta yang pertama ialah mendengar?) Ini bermakna dengan memberi (dalam konteks ini bersedia menjadi pendengar), kita telah bersedia menjadi kekasih, sahabat, saudara, pemimpin atau majikan yang lebih baik.
Cinta itu bererti kita bersedia untuk memberi… bukan untuk menerima! Siapa yang lebih cinta dialah yang lebih banyak memberi. Jika kurang berkuranglah cinta. Bila kurang rasa cinta, tergugatlah perpaduan dan rengganglah perpaduan. Oleh itu hidup ini adalah untuk memberi bukan sebaliknya. Manusia memikul peranan sebagai khalifah di muka bumi. Tugas khalifah itu adalah untuk memberi kebaikan – buat diri sendiri, orang lain dan persekitaran. Hanya dengan itu makmurlah muka bumi ini dengan pembangunan material, keamanan dan keampunan Tuhan.
Malangnya, ramai manusia mementingkan bagaimana untuk mendapat bukan memberi dalam hidup ini. Mendapat pada sangkaan mereka akan membahagiakan. Maka berlakulah persaingan malah perebutan. Padahal hidup ini bukan untuk bersaing tetapi saling berkongsi. “We are here to complete not to compete!” Kita di dunia ini bukan untuk bertanding tetapi untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Ironinya, dengan banyak memberi kita akan lebih banyak menerima. Lihatlah “figur-figur” yang berjaya, hampir semuanya terdiri daripada orang yang banyak memberi. Manakala mereka yang hanya memikirkan untuk mendapat kerap kali tertipu oleh apa yang didapatinya. Mereka mungkin lebih kaya, tetapi lebih derita pula jiwanya. Mereka mungkin ternama, tetapi lebih runsing pula mindanya. Dengan hanya berfikir untuk mendapat, percayalah kita akan menemui fatamorgana dalam kehidupan ini.
Kekayaan sebenar bukanlah kerana banyak “memiliki” tetapi kerana banyak “memberi”. Justeru, Allah itulah zat yang Maha Kaya, kerana DIAlah yang paling banyak memberi. Jika kita banyak memberi kita akan meningkatkan kualiti jiwa. Jika kita banyak menerima kita akan hanya meningkatkan kuantiti harta. Kualiti jiwa itu matlamat, kuantiti harta itu cuma alat. Jangan tertukar antara alat dan matlamat…
Intailah hari-hari yang berlalu dalam kehidupan sehari-hari. Pada hari yang ceria dan gembira itulah hari yang kita lebih banyak memberi berbanding menerima. Untuk merasa gembira gembirakanlah orang lain. Sebab itu senyuman itu ada dua. Pertama, senyum kerana gembira. Kedua senyum untuk menggembirakan. Senyum untuk menggembirakan itulah yang lebih tinggi nilainya seperti yang disebut dalam hadis:
“Senyum simpulmu di hadapan saudaramu adalah satu sedekah.”
Senyum yang pertama kerana mendapat kegembiraan. Manakala senyuman yang kedua kerana hendak memberikan kegembiraan. Orang yang sentiasa berfikir untuk menggembirakan orang lain insya-Allah akan sentiasa dibukakan pintu kegembiraan buatnya oleh Allah swt. Bijak pandai sering mengingatkan bahawa kita tidak akan bahagia selagi orang di samping kita tidak bahagia. Ertinya, kebahagiaan kita hanya apabila kita berusaha membahagiakan orang lain.
Berikanlah apa yang Allah berikan kepada kita kerana di sana ada hak orang lain yang diamanahkan kepada kita. Jangan jadi seperti Qarun yang menganggap kekayaan diri kerana kepandaiannya. Ya, kita yang memerah keringat. Ya, kita yang penat berfikir. Tetapi dengan tenaga siapa kita berusaha? Tangan, kaki, bahu dan segala pancaindera itu hakikatnya milik siapa?Semua itu bukan milik kita. … segala-galanya pemberian Allah. Kita bukan pemilik, kita hanya peminjam. Sebagai khalifah, kita memikul amanah untuk memberi kebaikan dengan segala kebaikan yang kita terima. Allah memberi untuk kita memberi.
Artikel ni saya petik dari blog Ustaz Pahrol Mohd Joui(http://genta-rasa.com)..saya amat tertarik dgn topik ni, oleh itu saya harap sahabat2 dapat ambik sedikit iktibar dari apa yg telah disampaikan...
Wallahua'lam....
Daripada Abdullah bin Abbas ra, Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Takutilah doa orang yan dizalimi, sesungguhnya tiada hijab di antaranya dengan Allah swt." (Riwayat al-Bukhari)
Monday, January 18, 2010
Sunday, January 17, 2010
ABANG VS AYANG
Abang vs Ayang.... Saper yang salah agak2nya..
Memula skali ayang anto kat abang?
Dear abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang... sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?
Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?
Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah
Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..
Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. ..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah...
Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.
Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak
Paling menyedihkan. .. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR
Love,
ayang
ni abang lak bagi....
Dear Ayang,
Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah...
Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta... abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..
Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek...hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..
Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekap mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas setiap kali ayang mekap abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. walau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu....pasal morning kiss tu, ayang bangun pun dah tengahari nak morning kiss cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..
Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nanti jgn lupa bwk balik skit..
Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..
Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang...dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahah ahahha
Love,
Abang
renung2kan...hehe.....

Subscribe to:
Posts (Atom)