Monday, July 16, 2012

Finally..I got Sebarkan Cinta-mu...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah...sekian lama mengimpikan untuk membaca buku ni, akhirnya termakbul juga hajat untuk membacanya...terima kasih buat suami tersayang kerana mendapatkan buku ni....

Saya masih dalam proses membaca, belum pun habis...namun hati ini sangat tersentuh dengan jalan cerita yang ada novel, novel yang sangat menginsafkan diri, membuatkan hati tersentuh dan mcm2 lagi perasaan...Tahniah buat penulis novel ini..Fatimah Syarha Mohd Noordin...

           " Barangsiapa memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT    akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka"


Hadis diatas merupakan salah satu ayat yang tedapat didalam novel ini, biarpun ringkas tapi membuatkan diri saya berfikir jauh...benarlah..Allah itu Maha Pengampun..ampunanNya seluas langit dan bumi...Kasih SayangNya tidak bertepi buat hamba-hambaNya yang taat...Dia Mengampunkan sesiapa yang Dia kehendaki...itulah ayat yang banyak diulang dalam Kalam Sucinya Al-Qur'an....Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar...


Beristighfarlah selalu, semoga melaluinya akan hilang segala kedukaan, kesengsaraan, dipermudahkan segala urusan hidup ini..jadilah ia sebagai zikir harian yang menjadi saksi dan penolong kita diakhirat kelak....berbuatlah kebaikan dan jauhilah segala kemaksiatan...bersihkan hati kita sebersih-bersihnya..agar mudah kita menghadapNya kelak...ingatlah Mati akan datang bila-bila sahaja....


Buat teman yang dikasihi...


Ramadhan bakal menjelma, sambutlah ia dengan hati yang penuh rasa syukur, hati yang bersih dan hati yang tenang...berbahagialah mendampingi Ramadhan yang bakal muncul kerana didalamnya dilimpahi dengan rahmat dan keberkatan...serikanlah Ramadhan kali ini zikir-zikir, tadarus Al-Quran, bersedekah, qiyamullail dan solat-solat sunat.....


Sahabat yang disayangi sekalian...


Ayuh bersama2 menjejaki hidup ini atas dasar iman dan takwa, berlumba-lumbalah kita mencari sebanyak pahala untuk dibawa pulang ke negeri akhirat...hidup ini sangat singkat untuk terus berdukacita, berdendam dan bersangka buruk....jangan lepaskan peluang yang sementara ini...


Wallaua'lam......