Wednesday, December 31, 2008

RAYUAN HAMBA


Kurebahkan keakuan yang terpaksi

meredakan kekalutan dalam diri

Tuhan ganjarkan upaya

untukku menyusuri jalanMu

agar tak tersasar haluan qiblatku


kudambakan KasihMu

rahmatilah hidupku...

hamparkan cintaMu buatku

oh tuhan...


kurindukan kasih sayangMu

redhailah diriku

disitu letaknya syurgaMu

oh tuhan....


Hanya dikau tempatku mengadu

dengarkanlah sendu rayuku

tiada aku tanpaMu

berkati hidupku didunia dan akhirat


Siapalah diriku dihadapan kudratMu

insan yang tidak berdaya

oh Tuhan...

kupohonkan darimu

perkenankan doaku....

ampunilah dosa-dosaku.


hingga sampai waktuku berundur

kesaksian tetap dijunjung

hidup mati keranaMu oh Tuhan...

limpahan maghfirah yang amat kuharapkan

Tuesday, December 30, 2008

JANGAN BERSEDIH WAHAI MANUSIA

Ø Sesungguhnya kesempitan yan anda rasakan akan ada jalan keluarnya. Dalam musibah yang anda hadapi ada perkara yang akan menyelamatkan anda dari musibah itu sendiri. Dalam hal-hal yang anda tidak sukai itu ada kebaikan dan kenikmatan.

Ø Wahai manusia, sudah saatnya anda menggantikan keraguan dengan keyakinan, penyelewengan hati dengan kebenaran, ketidaklurusan fikiran dengan hidayah, dan ketidaklurusan jalan dengan petunjuk.

Ø Sudah saatnya anda menyingkap kegelapan dengan fajar siddiq, mengganti harapan yang pahit dengan keredhaan yang manis, dan cubaan yang gelap dengan cahaya yang menerangi segala kebohongan.

Ø Wahai umat manusia, disebalik ladang yang sedang gersang itu ada tanah subur yang rezekinya melimpah ruah.

Ø Di atas gunung yang pejal ada kebun yang sangat subur, yang tidak perlu siraman hujan lebat.

Ø Wahai orang yang harinya ditimpa kesedihan, melangkahlah dengan perlahan, di ufuk sana telah tersedia jalan keluar yang akan memberikan keringanan.

Ø Wahai orang yang matanya selalu digenangi air mata, hentikan airmata itudan berikan kenikmatan kepada kedua bola matamu itu. Tenanglah, kerana anda berhak mendapatkan perlindungan dari Sang Pencipta dan pemeliharaan dan kebijaksanaanNya. Tenanglah, qadha’ telah selesai, kebijaksanaan telah dirumuskan, rintangan sudah dapat telah dihilangkan, otot-otot kekuatan telah kembali segar, dan pahala telah ditetapkan bagi yang telah berusaha.

Ø Tenangla kerana sedang berusan dengan Dzat Yang Berkuasa atas urusan hambaNya, Yang Maha Bijaksana atas hamba-hambaNya.

Ø Setelah kefakiran itu ada kekayaan, setelah kehausan akan ada kesegaran, setelah perpisahan akan ada pertemuan, setelah bertengkar akan datang kerukunan, setelah terputus akan tersambung kembali, dan setelah tidak tidur malam pasti akan dapat tidur nyenyak.

Ø Jadikanlah ALLAH kekasihMu, jadikanlah AL-QURAN surat cintamu, jadiakanlah SOLAT telefonmu, jadiakanlah ZIKIR kerinduanmu dan jadikan MATI date pertamaMu..

Ø Banyak mata yang terjaga, banyak mata yang tertidur lelap, memikirkan persoalan yang sedih ataupun yang akan terjadi, tinggalkan rasa dukamu semampumu kerana memikul beban duka boleh membuatmu hilang arah.....kelmarin ALLAH telah menolongmu, percayalah esok Dia masih tetap menolongmu - IMAM SYAFIE –

Ø Iman itu tidak pernah lahir disaat hati menyenangi dunia.ia juga tidak akan lahir dari hati yang telah dihiasi dengan keindahan harta tetapi iman itu terbit ketika malam pantas menyinsing waktunya. Mencari dan tercari sekeping hati yang menangisi dosa-dosa yang membelenggu diri disaat dahi menyembah ke bumi…sujd menyembah yang Maha Esa..

SEBUAH PERTEMUAN

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Adakalanya langkahku tersasar
Tersungkur dilembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tikaku kealpaan
Kau bisikan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan
Tika aku diuji dengan dugaan

Saatku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saatku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakana RahmatNya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan


Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagian
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih MU
Oh tuhan….

Titisan airmata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati….
Yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina…

Syukur sungguh dihati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan mendekatinya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi…

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasihMu tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati bernama TEMAN…

Renungan daripada Ilya Abu Madhi

betapa sering engkau mengeluh dan mengatakan
bahawa engkau tidak punya apa-apa
padahal bumi, langit dan bintang-bintang
disediakan untukmu.

begitu pula dengan pertanian
bunga-bunga yang beraneka warna
nan harum semerbak aromanya
dan burung-burung merpati yang merdu kicauannya.

ait yang ada disekitar berkilauan perak
dan mentari yang ada diatasmu
bak emas nan menyala.

suku nomad dilereng dan puncak bukit
membangun khemah-khemahnya nan indah
dan adakalanya mereka beralih ke tempat lain.

dunia dengan segala keindahannya
disajikan untukmu
maka mengapa engkau bermuram durja.

dunia pun tersenyum
maka mengapa enkau tidak turut tersenyum.

jangan engkau bersedih
kerana kejayaan yang lalu
maka mustahil engkau tidak dapat meraihnya kembali
dengan menyesalinya.

atau engkau takut tertimpa musibah
maka mustahil engkau dapat mencegahnya
hanya dengan bermuram durja.

atau engkau telah lalui masa mudamu
maka jangan engkau katakan zaman ini telah menua
kerana sesungguhnya zaman ini tidak menua.

perhatikanlah
sampai sekarang masih wujud dimuka bumi
berbagai tumbuh-tumbuhan yang sangat indah
hingga seakan-akan berbicara kepadaMu...