Wanita ibarat bunga...
Cantik indahnya pada pandanga mata hanya sementara
Yang kekal menjadi pujaan manusia
Hanyalah wanita yang mulia akhlaknya
Tiada guna berwajah cantik tetapi buruk akhlaknya
Tiada guna berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu
Wanita Ibarat bunga...
Ada yang cantik dipandang tapi busuk baunya
Ada juga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar
Tetapi bila dihalusi dengan mata hati
Ternyata tinggi nilainya..
Wanita...
Adalah makhluk yang istimewa
Diciptakan wanita kerana sunyi dan sepinya lelaki
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa adalah terletak ditangan wanita
Maka...Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka
Walaupun berat dipandang mata Si Jahil
Tetapi ia adalah kemanisan iman
Yang dititipkan oleh Allah ke atas wanita solehah
Kerana itulah...
Sebagai anak,dia menjadi anak yang solehah
Sebagai remaja,dia menjdi remaja yang berhemah tinggi
sebagai isteri,dia menjadi isteri
yang menyenangkan dan menenangkan hati suami
sebagai ibu,dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang
dan pastinya...sebagai hamba Allah
dia akan menjadi hamba yang tunduk
dan menyerah hanya kepada-Nya...
Sabda Nabi Muhammad S.a.w...
~Harta yang paling berharga didunia adalah wanita solehah~
No comments:
Post a Comment