Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan Kareem...

salam Ramadhan...
Alhamdulillah...akhirnya ana diberi kesempatan lagi untuk menulis didalam blog kesayangan ana ni...sekian lama ana menyepikan diri..akhirnya, dibulan yang penuh barakah ni, ana kembali menghiasi teratak Mawar Berduri yang dah dah lama layu tak berseri...dah lama sebenarnya ana nak kembali menyerikan blog ni, tetapi kesibukan ana terhadap kuliah dan aktiviti kelab dan persatuan seringkali membantut niat ana untuk menulis...rindu benar untuk kembali menulis kerana itu adalah minat yang tak pernah padam dari diri ana...InsyaAllah, dikesempatan yang ada ini...ana akan cuba sedaya mungkin berkongsi segala yang sudah lama terpendam di hati. Pada hemat ana, belum terlewat kiranya ana ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Bersyukur ke hadrat Ilahi...kerana masih diberi peluang untuk bertemu lagi dengan bulan yang penuh barakah dan karamah ini..sahabat-sahabat yang ana kasihi sekalian...rebutlah peluang ini untuk melakukan sebanyak mungkin amal ibadat...kita hanya dikurniakan 29@30 sahaja dalam setahun iaitu bulan Ramadhan dimana terdapat ganjaran yang begitu besar didalamnya...inilah bulan maghfirah, bulan rahmat, dan bulan yang berkat...berdoalah, InsyaAllah pasti doa kalian akan dikabulkan...Amalan tahajjud juga jangan dilupakan....tanamkan azam yang teguh untuk Ramadhan kali ini...carilah MALAM AL-QADR...pasti beruntunglah sesiapa yang berjaya menemuinya...dan akhir sekali, nasihat ana untuk sahabat semua dan untuk diri ana sendiri berkaitan matlamat kita dibulan Ramadhan ini...Kita mestilah IKHLAS kerana Allah dan ianya datang dari hati yang suci. Maka kita akan dapat apa yang diharapkan dari keikhlasan kita itu. BANYAKKANLAH BERDOA terutama pada waktu malam di bulan Ramadhan...akhir kalam, ayuh kita hayati lagu Harapan Ramadhan nyayian Raihan dan Man Bai...Assalamualaikum~~~~

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua...

2 comments:

ijad said...

selamat berpuasa..jangan lupa bersahur ya...

Najihah Mumtazah bt Che Ali said...

salam...awak siapa ya ijad???selamat berpuasa n bersahur jugak...