Monday, March 29, 2010

KAU BUKAN AKU

Kalau tidak kerana kerakusanmu
tidak begini jadinya hidup ini
apa salahnya kau pasrah saja kepada TUHAN
tanpa menggamit ringgit dan penghormatan
tapi kau terlalu
segalanya ingin kau genggam ke tanganmu
kau bukan aku
Kau tidak pernah melahirkan darah juangku
dan aku tidak pernah berhutang setitispun fikirmu
tergamak kau bina angkuh berselindung agama
kau semai tamakmu atas nama TUHAN
berapa banyak yang terlena dibuai mimpi-mimpi ilusi

Dan kau tegak berdiri disitu memeras keringat
kau didihkan airmata ini di sumur pengorbanan
dan ribuan lemas sebagai korban perjuangan
tapi sayang...kau buta melihat derita ini

Aku tidak pernah membencimu secara peribadi
tetapi kemarahanku akan meledak
mengapa tergamak kau memungkiri segalanya
keindahan dan kesucian
keamanan dan kebahagiaan
yang sekian lama aku dambakan

Kau bukan aku
kau hanya tetamu keliru yang membungkus diri
dalam selimut palsu
sampai hatimu berbicara atas maksud syaitan
ketika aku yakin kau akrab dengan Tuhan...

oleh: Ustaz Pahrol Mohd Juoi( Dimana DIA di Hatiku?)

2 comments:

kak shida said...

i really luv this book..=)
indah dgn kata-kata, isi yg sngt bermafaat...

ukhti_sue said...

Salam ziarah..ana suka kan kata-kata ni..

keep on dakwah ya ukhti..jemput follow ke blog ana yg tidak seberapa..

moga Allah merahmatimu selalu :)

salam sayang-fillah..