Cinta itu cahaya sanubari....
kurnian tuhan fitrah insani
dan dimana teciptanya cinta
disitu rindu bermula....
Cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahgia biarpun sengsara
berkorban segala-gala...
Semua kerana cinta
yang pahit manis dirasa
menghibur nestapa merawat luka
damai dijiwa...........
Terpadam api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan
Dan jangan pula kerana bercinta
kitapun leka entah kemana
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama
Cinta yang sejati hanya cintakan ilahi
cinta ayah bonda tulus suci selamanya
cintakan saudara masa berada hanya sementara
cinta sesama insan...
suburkan dengan ketaqwaan.
No comments:
Post a Comment