Thursday, November 20, 2008

Lembaran Hidup Wanita Solehah...


Mampukan aku menjadi seperti Siti Khadijah?

Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah

hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah

penawar hati kekasih Allah

susah dan senang rela bersama


Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah?

Isteri Rasulullah yang bijak

Pendorong kesusahan dan penderitaan

tiada sukar untuk dilaksanakan...


Mengalir air mataku

melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah

akur dalam setiap perintah

taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang

tiada memiliki harta dunia

layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga


Ketika aku marah

inginku intip serpihan sabar

dari cacatan hidup Siti Sarah


Tadah jiwaku

Setabah umi Nabi Ismail

Mengendong bayinya yang masih merah

mencari air penghilang dahaga

di terik padang pasir merak

ditinggal suami akur tanpa bantah

pengharapannya hanya pada Allah

Itulah wanita bernama Siti Hajar


Mampukah aku menjadi wanita solehah???

mati dalam keungggulan iman

bersinar indah, harum tersebar

bagai wanginya pusara Masyitah.

2 comments:

Capika Amiea xP said...

mujahidah solehah . sentiasa dihati . nice <3 sgt menyentuh hati . hingga membuat kn sy tertanya-tanya . mampu kh sy menjadi wanita solehah ? Insyaallah .

Capika Amiea xP said...

mujahidah solehah . sentiasa dihati . nice <3 sgt menyentuh jiwa . membuat kn sy tertanya-tanya . mampu kah sy menjadi wanita solehah ? Insyaallah ~~