Monday, June 15, 2009

~~Pelayaran~~

Dalam meniti impian
Kita tersepak duri liku kehidupan
Andainya kita rebah tetap bangun semula
Meneruskan sebuah pelayaran
Alam remaja ini penuh dugaan
Penuh kegilaan arus kedurjanaan
Menenggelamkan diri dari hidup yang Rabbani
Jadilah insan yang hakiki
Dalam mengejar cita kita sering terleka
Pada kewajipan sebagai hamba
Rasa kehidupan ini buat selamanya
Hingga tersesat ke lembah hina
Kita cemarkan kehidupan dengan penuh najis dosa
Melukakan hati ibunda yang mengharapkan
Sinaran dihari muka
Patahnya hati ayahanda dengan pelayaran tandus ilmu
Namun kita masih ada masa
Bersama kita berusaha
Kembali ke jalan Allah

Thursday, June 11, 2009

~~~Buatmu Hawa

HAWA…….

Andai kau belum berkahwin jangan risau jodohmu….
Ingatlah janji Allah..wanita yang baik untuk lelaki yang baik….
Jangan mulakan pertemuan dengan yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati….lahirnya senyuman…tercetusnya salam….disusuli dengan pertemuan berikutnya….takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri..

Lelaki yang baik tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya….kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya….

Oleh itu HAWA…..

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkanlah pendirianmu…
Andai ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu….cukuplah hanya cinta kepada Allah memenuhi & menyinari kekosongan jiwamu….biarlah hanya cinta daripada kedua orang tuamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu….cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu…

HAWA…

Cintailah Allah dikala susah & senang….kerana kau akan peroleh cinta daripada insan yang juga mencintai Allah…
Cintailah ibubapamu kerana engkau akan peroleh keredhaan Allah…
Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga….

Jangan sesekali tangan yang akan mengggoncangkan dunia boleh menggoncangkan iman lelaki….

HAWA….

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang soleh buat kedua orang tuamu…
Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu…
Andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan addin Allah……

Lelaki yang baik tidak melihat kepada paras rupa…lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya …lelaki yang warak tidak menilai waniat melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki….

Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang paling penting pegangan agamanya…

Lelaki yang warak tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita hanyalah untuk sebuah perkahwinan dimana hanya semata-mata mengikut Sunnah Rasullullah………..

~~~Selamat Pengantin Baru~~~



Assalamualaikum...
Dikesempatan yang ada ni, ana nak ucapakan selamat pengantin baru kepada classmate ana(5 agama/SMKDSA 04)iaitu shita&man...ana doakan perkahwinan kalian berkekalan hingga ke syurga, semoga kalian bahagia selamanya serta dikurniakan zuriat yang soleh dan soleheh...syukran sebab sudi jemput kami ke majlis yang serba indah ni,hehe..

Alhamdulillah, ana bersyukur sebab di beri kesempatan ke majlis perkahwinan sahabat ana ni, sedikit teruja sebab ni la kali pertama ana dan sahabat-sahabat yang lain hadir ke majlis perkahwinan classmate..ngee...sahabat2 yang lain nampaknya begitu teruja sambil tertanya-tanya, lps ni giliran sape pulak,hehe...tahun depan ramai dah yang nak grad, sape pulak ek????jangan lupa jemput ye...

Monday, June 8, 2009

~Indahnya Ciptaan Tuhan~

sejuk mata memandang...alhamdulillah~~~

damainya hati...~~~~
subhanallah~~~~~

~~BERSABARLAH...~~~

1. Sabar adalah kunci kejayaan
2. Barangsiapa bersabar, maka dia akan berjaya mengatasi permasalahan
3. Hasil kesabaran adalah kejayaan
4. Tatkala musibah yang menimpa sedemikian berat, pasti akan datang kebahagian.
5. Takutilah terhadap bahaya yang datang dari celah-celah kemudahan
6. Berharaplah beroleh manfaat adanya larangan
7. Mungkin Allah s.w.t menguji hamba-Nya dengan suatu musibah, justeru untuk menyelamatkannya dari kebinasaan, sehingga musibah itu menjadi nikmat terbesar baginya..
8. Orang yang bersabar dalam menghadapi ujian, menerima semua ketentuan Allah s.w.t, dan brsabar atas semua kesusahan, nescaya Allah s.w.t akan menampakkan kepadanya kebaikan agar ia dapat memahami kemaslahatan yang tersembunyi di sebalik itu.
9. Ujian itu adalah latihan dari Allah s.w.t, tentunya latihan tidak selama-lamanya. Maka beruntunglah orang yang bersabar selama masa latihan itu dan bertahan selama masa ujian berlangsung.
10. Awas...jangan mengeluh ketika engkau dicengkam taring-taring ujian kerana memang jalan ke arah kebaikan sangat sukar.
11. Menunggu pertolongan dan jalan keluar dengan bersabar akan mendatangkan kebahagiaan.

Salam sahabat2 semua...alhamdulillah,setelah sekian lama ana meninggal blog ana yang tercinta..kini ana dah kembali untuk menulis, meluah segala yang terpendam di hati..rindu benar hati ini untuk kembali menulis, tetapi kesibukan ana dengan rutin harian memaksa ana menunda sebentar niat untuk menulis dalam blog ni, kesempatan yang ada ni ana akan manfaatkan bersama antum untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang ana perolehi. Berkaitan dengan tajuk kali ni, ana teruja untuk berkongsi dengan antum mengenai apa erti SABAR...berkaitan sebelas perkara yang dah ana senaraikan di atas itu, ana bersabar sahabat2 dapat menghayati dan merenungi setiap aksara yang tertulis, maklumat ini ana peroleh dari sebuah karya yang agung serta terkenal di kalangan umat Islam iaitu dari buku " La Tahzan".

Buku ini merupakan salah satu buku yang menjadi koleksi kesayangan ana, melaluinya ana banyak belajar erti kehidupan ini. Buku ni amat dekat di hati ana, seperti sahabat baik ana sendiri. Kemana saja ana pergi, buku ini sentiasa bersama...kembali kepada topik berkaitan SABAR, ana begitu tertarik untuk mengajak para sahabat untuk merenung kembali kehidupan kita yang telah berlalu..ana pasti dan amat yakin sekali, antum pernah melalui saat-saat kesedihan dan penderitaan...ayuh sahabat2 sekelian, percayalah bahawa ujian itu adalah rahmat dari Yang Maha Esa..bersyukurlah apabila kita diuji, itu tanda kita Allah menyayangi kita, setiap kesedihan pasti akan berakhir..usah diratapi kerana ia akan membuatkan jiwa kita menderita. Sayangilah diri kita, ia berhak untuk dilindungi..diri kita adalah milik Allah s.w.t, peliharalah setiap anugerah yang telah diberikan oleh-Nya.

Ana bercakap berdasarkan pengalaman yang pernah ana lalui...bukan mudah untuk hadapi, bukan mudah untuk kembali berdiri, bukan mudah untuk sekuat ini dan bukan mudah juga untuk membina kembali keyakinan diri, namun ana bersyukur kepada Allah s.w.t..kerana diberikan jiwa yang tabah, berkat doa yang tidak pernah putus, ana kembali mengenal hakikat diri...ana datang daripadaNya dan juga kembali kepadaNya...begitulah jua dengan kesedihan yang sering menlanda diri kita, hakikatnya Dia yang menciptakan kesedihan itu dan Dialah jua yang akan menyembuh. Yakin dan percayalah pada Yang Menciptakan..Dia Maha Adil, setelah kesempitan pasti akan datang kesenangan...

Ana berharap...celoteh ana yang ringkas ini dapat memberi sedikit manfaat kepada antum, hanya satu pesanan ana, KENALILAH ALLAH, DISITU KEBAHAGIAN AKAN DATANG...
akhir kalam...sambutlah sayang dari diri ana yang kudus ini untuk semua..jumpa lagi~~~