Tuesday, September 1, 2009

Ada Apa Dengan Cinta????

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita….Tuhan member kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk meliihat. Tetapi mengapa Allah hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita???Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang yang lain…untuk kita mencarinya…Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mencuba…Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup…Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya…cinta datang kepada orang yang masih member harapan walaupun mereka telah dikecewakan….kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati…kepada mereka yang masih ingin disayangi, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya…Dan…kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangun kembali kepercayaan….Jangan simpan kata-kata saying pada orang yang dikasihi sehingga dia meninggal dunia…lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata kasih sayang itu pada pusaranya..sebaliknya ucapkan kata-kata yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya…Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bermesra dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan seseorang yang tepat. Kita harus mengert bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu, kasih sayang dapat mengubah pahit menjadi manis, derita menjadi nikmat dan kasih sayang dapat mengubah kemarahan menjadi rahmat, tetapi lebih menyakitkan adalah menyayangi seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberaniaan untuk menyatakan sayangmu itu kepadanya…kadangkala kamu tidak menghargai orang yang menyayangi kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya…Pada saat itu, tiada gunanya sesalan kerana perginya tiada berpatah lagi…sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia akan sebelumnya…kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyayanginya setulus hati…Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut…Andainya hadir cinta sekadar untuk mengecewkan , lebih baik kasih sayang itu tak pernah hadir…kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir…masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan, kamu tidak akan dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan sampai kamu belajar dari kegagalan dan rasa kekecewaan itu, hanya diperlukan seminit untuk menafsirkan seseorang, sejam untuk menyukai dan sehari untuk mencintai seseorang…tetapi perlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang….

Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia…atas kasih sayang Allah..kau dan dia bertemu, pernahkah kamu terfikir kebesaranNya itu????Berkasih sayang adalah akhlak mulia…Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan… lebih-lebih lagi kepada Allah s.w.t kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya ebih dari seorang ibu mengasihi anaknya…CintaNya tetap hadir …bukankah ALLAH MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG??????Cintailah ALLAH kerana cintaNYA tak akan membuat kita kecewa.

Wallahu’alam….

3 comments:

syahbandar87 said...

cintakan manusia jika kerna Allah nescaya molek la cinta tu.cinta kpd manusia yg menuju kepada cinta kpd Allah ssh ditemui.muga kita ditemukan dngn cinta manusia yg amat mencintai Allah.insyarallah..

syafiq cyborg said...

salam...
..cinta...sangat luas pengertiannya..

Najihah Mumtazah bt Che Ali said...

cinta manusia yang x pandai menghargai CINTA sgtlah menyakitkan..