Tuesday, September 1, 2009

Peribadi Muslimah...


Muslimah dengan Tuhannya
Muslimah dengan dirinya
Muslimah dengan ibu bapanya
Muslimah dengan suaminya
Muslimah dengan anak-anak dan menantunya
Muslimah dengan jirannya
Muslimah dengan saudara dan sahabatnya
Muslimah sebagai pekerja sosial...

"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah"(Hadith Riwayat Muslim)

Wanita ibarat bunga...cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara...Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya...kerana akhlak itu umpama bunga diri...tiada guna berwajah cantik tetapi buruk akhlaknya...tiada guna berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu...Ibarat bunga...ada yang cantik apabila dipandang tetapi busuk baunya...Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan...ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar...tetapi apabila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya...

Wanita adalah makhluk Allah yang sangat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.

Kerana itulah.... sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah...sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan hati suaminya dan sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang...dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya....

Firman Allah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang bermaksud: " Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."

Wallahu'alam...

No comments: