Daripada Abdullah bin Abbas ra, Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Takutilah doa orang yan dizalimi, sesungguhnya tiada hijab di antaranya dengan Allah swt." (Riwayat al-Bukhari)
Monday, September 19, 2011
~~Bila Lelaki Menjadi Dayus~~
1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat ( jika bekerja) atau di luar rumah.
2. Membiarkan isteri balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama lelaki lain apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3. Membiar aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurata terlihat.
4. Membiarkan anak perempuannya ber"dating" dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa "sporting" yang memahami.
6. Menyuruh, mengarah dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7. Membiarkan anak perempuannya memasuki rancangan hiburan dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8. Membiarkan isterinya atau anaknya memjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata.
9. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya,
10. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14. Membiarkan isteri kerap berdua-duaan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment