Berfirman Allah Taala yang bermaksud:
“Wahai manusia, tiada kehidupan yang baik umpama tafakur tentang Allah. Tidak ada warak umpama menahan diri daripada menyakiti sesuatu. Tidak ada kasih saying yang lebih tinggi daripada adab. Tidak ada yang dapat menolong seperti taubat ( taubatlah sebenar-benar penolong)
Tidak ada kasih yang lebih tinggi daripada adab. Tidak ada ibadah seperti ilmu ( ilmu itu adalah ibadah yang besar).tidak dikira sembahyang melainkan dengan rasa sabar. Tidak ada kemenangan seperti sabar ( sabar itu adalah kemenangan yang sebenar). Tidak ada kebahagiaan melainkan dengan taufik. ( Taufik itu adalah kebahagiaan yang sebenarnya)
Tidak ada perhiasan yang lebih indah daripada akal. Tidak ada teman yang lebih jinak daripada kelembutan.
Wahai anak Adam, kosongkanlah hatimu untuk beribadah kepada-Ku nescaya Aku akan penuhi hatimu dengan kekayaan ( Nur ), Aku akan berkatkan rezekimu dan Aku isikan kerehatan pada tubuhmu. Jangan kamu lupa untuk mengingati-Ku.
Sekiranya engkau melupai-Ku, akan Kupenuhkan hatimu dengan kefakiran, tubuhmu dengan keletihan dan kesukaran dan dada kamu dengan dukacita.
Sekiranya engkau melihat baki daripada umurmu nescaya engkau melupakan baki daripada angan-anganmu. Wahai anak Adam, dengan kesejahteraan daripada-Ku engkau mampu untuk melakukan ketaatan. Dengan taufik daripada-Ku engkau boleh menunaikan perintah-perintah-Ku.
Dengan rezeki daripada-ku jua Engkau kuat melakukan maksiat kepada-Ku. Dengan kehendak daripada-Ku engkau menginginkan sesuatu. Dengan kehendak daripada-Ku engkau mahukan sesuatu untuk dirimu. Dengan nikmat-Ku engkau berdiri, duduk dan beristirehat. Dengan pemeliharaan-Ku engkau berpetang-petang dan berpagi. Dengan nikmat-Ku engkau berbolak-balik. Dengan afiat daripada-Ku engkau bercantik-cantik tetapi kemudiannya kau melupai-Ku dan mengingati selain daripada-Ku. Maka kenapa kamu tidak menunaikan hak-Ku. Maka kenapa kamu tidak menunaikan hak-Ku dan berterima kasih kepada-Ku?
(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al- Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah)
No comments:
Post a Comment