Thursday, October 6, 2011

Kekasih Gelapku...

Ku mencintai mu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintai mu, sedalam-dalam hati ku
Meskipun engkau hanya, kekasih gelap ku
Yakinlah bahwa engkau adalah cinta ku,
yang ku cari selama ini, dalam hidup ku
Dan hanya pada mu ku berikan sisa cinta ku,
yang panjang dalam hidup ku,
hidup ku…
Ku mencintai mu, sedalam-dalam hati ku
Meskipun kau hanya, kekasih gelap ku
kekasih gelap ku…
"Cukup Allah bagiku,  tempat diluahkan segala rasa cinta...Dialah sebaik-baik tempat diserahkan segala urusan hidupku..sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah...Kau jauh namun selalu dekat dengan hambaMu...Kau tidak dapat dilihat oleh hambaMu..namun Kau Maha Melihat setiap gerak geri hambaMU...ubun-ubunKu dalam genggamanMu..Engkaulah sebaik-baik tempat untukKu kembali..."
Ya Allah,
Jadikanlah aku seorang yang selalu mengingati-Mu, banyak mensyukuri nikmat-Mu, 
berbakti kepada pemerintah-pemerintahMu, tunduk dan taat kepada-Mu, takut dan dan banyak bertaubat kepadaMu,
Ya Tuhanku, terimalah taubatku, sucikanlah dosa-dosaku, kabulkan doa-doaku, tetapkanlah pendirianku. Tunjukkanlah hatiku ke arah kebenaran dan lisanku ke arah kebaikan dan cabutlah kedengkian dari dadaku."
Ya Allah,
Kurniakanlah aku cinta orang yang mencintaiMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu......

Sunday, October 2, 2011

~~Peringatan 1~~


Berfirman Allah Taala yang bermaksud:

            Wahai manusia, tiada kehidupan yang baik umpama tafakur tentang Allah. Tidak ada warak umpama menahan diri daripada menyakiti sesuatu. Tidak ada kasih saying yang lebih tinggi daripada adab. Tidak ada yang dapat menolong seperti taubat ( taubatlah sebenar-benar penolong)
            Tidak ada kasih yang lebih tinggi daripada adab. Tidak ada ibadah seperti ilmu ( ilmu itu adalah ibadah yang besar).tidak dikira sembahyang melainkan dengan rasa sabar. Tidak ada kemenangan seperti sabar ( sabar itu adalah kemenangan yang sebenar). Tidak ada kebahagiaan melainkan dengan taufik. ( Taufik itu adalah kebahagiaan yang sebenarnya)
            Tidak ada perhiasan yang lebih indah daripada akal. Tidak ada teman yang lebih jinak daripada kelembutan.
            Wahai anak Adam, kosongkanlah hatimu untuk beribadah kepada-Ku nescaya Aku akan penuhi hatimu dengan kekayaan ( Nur ), Aku akan berkatkan rezekimu dan Aku isikan kerehatan pada tubuhmu. Jangan kamu lupa untuk mengingati-Ku.
            Sekiranya engkau melupai-Ku, akan Kupenuhkan hatimu dengan kefakiran, tubuhmu dengan keletihan dan kesukaran dan dada kamu dengan dukacita.
            Sekiranya engkau melihat baki daripada umurmu nescaya engkau melupakan baki daripada angan-anganmu. Wahai anak Adam, dengan kesejahteraan daripada-Ku engkau mampu untuk melakukan ketaatan. Dengan taufik daripada-Ku engkau boleh menunaikan perintah-perintah-Ku.
            Dengan rezeki daripada-ku jua Engkau kuat melakukan maksiat kepada-Ku. Dengan kehendak daripada-Ku engkau  menginginkan sesuatu. Dengan kehendak daripada-Ku engkau mahukan sesuatu untuk dirimu. Dengan nikmat-Ku engkau berdiri, duduk dan beristirehat. Dengan pemeliharaan-Ku engkau berpetang-petang dan berpagi. Dengan nikmat-Ku engkau berbolak-balik. Dengan afiat daripada-Ku engkau bercantik-cantik tetapi kemudiannya kau melupai-Ku dan mengingati selain daripada-Ku. Maka kenapa kamu tidak menunaikan hak-Ku. Maka kenapa kamu tidak menunaikan hak-Ku dan berterima kasih kepada-Ku?
(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al- Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah)

Monday, September 19, 2011

~~Bila Lelaki Menjadi Dayus~~




1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat ( jika bekerja) atau di luar rumah.
2. Membiarkan isteri balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama lelaki lain  apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3. Membiar aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurata terlihat.
4. Membiarkan anak perempuannya ber"dating" dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa "sporting" yang memahami.
6. Menyuruh, mengarah dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7. Membiarkan anak perempuannya memasuki rancangan hiburan dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8. Membiarkan isterinya atau anaknya memjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata.
9. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya,
10. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14. Membiarkan isteri kerap berdua-duaan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Sunday, September 18, 2011

Kenapakah Lelaki Berubah Setelah Berkahwin??

 "Cinta suci bukan untuk dinodai, kasih jangan dikhianati..lamarlah belas  simpati  kesucian cinta ikhlas tak diundang..peliharalah...."

SUAMI ITU LELAKI


  • Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran, keberkesanan dan pencapaian.
  • Mereka beri tumpuan kepada benda, objek dan barang demi untuk mencapai kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham, perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.
ISTERI ITU PEREMPUAN
  • Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan, perhiasan, fesyen dan kecantikan.
Kenapa Pentingkan Suami Berbual-Bual Dengannya?

1. Sebab, isteri itu seorang perempuan. Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan, bercakap-cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh 'bersembang' atau 'bergayut' pada telefon berjam-jam lamanya.

2. Orang perempuan mahukan 'good listener' bukan 'problem solver'. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat 'tentang' dan 'untuk' diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting - 'apa perasaan mereka terhadap orang-orang yang mereka temui itu'.

3. Mereka inginkan 'verbal attention' yang boleh membuatkan mereka rasa dikasihi. Bagi mereka, selagi 'penumpuan' dan 'perhubungan' ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat dijamin. Perkahwinan sebenarnya menyatu-temukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri. Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan isteri tidak berkesan, 'perbualan sihat' tidak wujud.

Thursday, July 7, 2011

Kata-kata hikmah

ALLAH ENGKAU DEKAT...PENUH KASIH SAYANG..
  Apabila menghadapai kesulitan & kesusahan, kembalilah kpd Allah melalui SABAR &SOLAT
Jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu..." (al-Baqarah: 45).
Ali bin Abi Talib r.a menyatakan keadaan Rasulullah S.A.W, "Pada mlm berlaku perang Badar, semua kami tertidur kecuali Rasulullah, Baginda solat & berdoa sampai pagi."


Ø  Sebenarnya apa yg kita mohon pasti akan dikabulkan, yakinlah dgn janji Allah... Soalnya bila itu hanya DIA yg Maha Mengetahui... Jgn putus asa dgn rahmat Allah kerana DIA pasti tidak akan abaikan hambanya yg soleh & bergantung sepenuhnya kpdNYA... It's matter of time. Teruskan berdoa, berusaha & bertawakkal, pasti pertolonganNYA akan tiba, InsyaAllah


Ø  Tunjukkan kasih sayang kpd org yg dekat dgn kita, sebelum bersusah-payah menunjukkan kasih sayang kpd orang yg jauh dgn kita. Yang dekat biasanya kurang dihargai & jarang diingati, sedangkan merekalah yg berhak mendapat kasihsayang drp kita. Hargailah ibubapa, suami/isteri, anak-anak, rakan sekerja, jiran tetangga, saudara mara, staf & siapa saja yg dekat & selalu kita jumpa. Sayangilah mereka sebelum mereka tiada

Ø  Kenapa asyik fikir tentang orang lain, fikir dulu ttg diri sendiri... sebelum lihat kekurangan pd org lain, lihat dulu kekurangan dalam diri, sebelum memuji org lain, puji dulu diri sendiri...


Ø  Bila kita yakin dengan Allah, semua kerja akan menjadi mudah. Jiwa pastinya nyaman & juga tenteram... Menjadi atau tidak usaha yg kita lakukan bukanlah urusan kita, apa yg penting lakukan yg terbaik, maka hasil yg diperolehi pastinya positif & memuaskan hati! Ramai yg kecewa & stress kerna tidak mempunyai keyakinan yg teguh dgn Allah Taala...

Ø  Drp Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda : " Allah akan turun ke langit bumi pada setiap malam, ketika malam tinggal se pertiga yg ter akhir. Dia berkata : Mana hamba-Ku yg berdo'a, untuk aku kabulkan (do'anya) ?. Mana hamba-Ku yg meminta kepada-Ku, untuk Aku penuhi (permintaannya) ?. Mana hamba-Ku yg beristighfar, untuk Aku ampuni (dosanya)?." (HR Bukhari & Muslim).

~~~Jodoh Dan Takdir~~~

Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan 
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan


~~~Jiwang jap pagi2 ni..hehe...first time dgr lagu ni rasa best pulak..thanks cik far yang bg lagu ni..sesekali rasa tersentuh pulak bile lama2 dh dengar~~~


' Rabba Hablana Min Azwajina Wa Zurriatina Quratun a'yun, Waj'alna lil Muttaqina Imama.."...Amin ya Rabbal 'alamin..

Sunday, July 3, 2011

~~Hakikat Keinsafan dan taubat~~~

Segala kesalahan dan dosa yang telah dilakukan, serta segala tingkah laku yang mulai jauh daripada perintah Allah SWT, akan dapat diubati dengan cara bertaubat. Mereka yang bertaubat iaitu mereka yang insaf akan 
segala kekeliruan yang pernah dilakukan.

            Taubat atau keinsafan yang ada dalam jiwa seseorang itu merupakan cahaya yang menerangi jalan hidup seseorang muslim. Setelah itu orang-orang yang bertaubat akan terhindar daripada kemaksiatan. Keinsafan merupakan petunjuk dan terhindar daripada putus asa dalam diri seseorang. Akhirnya orang-orang yang insaf dan bertaubat itu akan memperoleh kebaikan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

            Di dalam agama Islam bertaubat bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan oleh seorang hamba. Bertaubat tidaklah harus bersusah payah dengan mengeluarkan segala tenaga dan harta benda, cukup dengan berusaha meninggalkan kejahatan dan kembali mengerjakan kebenaran yang diperintahkan oleh Allah. Kemudian tanamkan didalam hati bahawa rahmat Allah sentiasa menyertai orang-orang yang beriman dan bertaubat kepadaNya.

Firman Allah s.w.t:

* ö@è% yÏŠ$t7Ïè»tƒ tûïÏ%©!$# (#qèùuŽó r& #n?tã öNÎgÅ¡àÿRr& Ÿw (#qäÜuZø)s? `ÏB ÏpuH÷q§ «!$# 4 ¨bÎ) ©!$# ãÏÿøótƒ z>qçR%!$# $·èÏHsd 4 ¼çm¯RÎ) uqèd âqàÿtóø9$# ãLìÏm§9$# ÇÎÌÈ

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa[1314] semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.( surah az-Zumar:53)

Setiap manusia mempunyai dosa, oleh sebab itu setiap waktu kita harus bertaubat lahir dan batin. Mengakui kesalahan, kemudian meninggalkan kesalahan itu dan menggantikannya dengan kebaikan adalah cirri-ciri oramg yang bertaubat dan rindu dengan kebenaran yang disampaikan oleh Allah s.w.t.

            Dengan disertakan doa dan munajat kepada Allah, maka segala dosa-dosa masa lalu akan dihapuskan oleh Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:
ÎoTÎ)ur Ö$¤ÿtós9 `yJÏj9 z>$s? z`tB#uäur Ÿ@ÏHxåur $[sÎ=»|¹ §NèO 3ytF÷d$# ÇÑËÈ

  Dan Sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal saleh, Kemudian tetap di jalan yang benar.( surah Thaaha: 82)

            Menurut syariat, taubat ertinya meninggalkan seluruh perbuatan dosa dan menyesali semua kemaksiatan yang telah dikerjakan. Kemudian berusaha untuk tidak mengulanginya lagi di mana sahaja ia berada. Taubat yang sesungguhnya itu bukan disebabkan oleh sesuatu yang lain kecuali kerana Allah s.w.t.

            Hakikat keinsafan atau taubat itu adalah lahir daripada hati kecil, merupakan penyesalan atas segala yang telah terjadi. Kemudian mengharap ampunan Allah s.w.t dengan meninggalkan perbuatan dosa dan berusaha untuk selalu melakukan kebaikan. Dengan perbuatan baik itulah maka taubat seseorang dan seluruh ketaatannya akan diterima oleh Allah s.w.t.

.