Sunday, March 1, 2009

USAH PUTUS ASA

Ketahuilah olehmu sahabatku...Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia... Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha. Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya...Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu. Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja ... Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...Allah SWT selalu berada disampingmu. Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan ... Allah SWT punya jawapannya.Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan...Allah SWT dapat menenangkanmu. Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...Allah SWT sedang berbisik kepadamu. Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,Allah SWT telah memberkatimu. Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,Allah SWT telah tersenyum kepadamu. Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu. Maka ingatlah..walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap... Allah SWT TAHU SEGALANYA..

4 comments:

ena said...

salam ukhwah salam perjuangan buat sahabatku... jangan kau mudah putus asa selagi ada nafas di dada... kita berjuang bukan kerana harta, bukan kerana kuasa. namun hanya untuk mendapatkan keredhaan dariNya... sahabatku, bukan mudah untuk merasakan jerih payah perjuangan, bukan juga susah untuk merasakan lelah tatkala hilang kesabaran dan keinginan serta tekad di jiwa.. sama2 lah kita berusaha untuk terus berusaha.. jangan mudah putus asa.

najihah said...

salam ukhwah fillah buat ena...
doakan perjuanganku wahai sahabat..kami x kan putus asa dlm perjuagan ni...kami cuma harapkan doa dan sokongan teman2 sekelian..
restuilah sahabatmu ini untuk terus berjuang...

kak Ct said...

salam jihah sayang... :)
alhamdulillah, banyak dapat 'input' blog nihh...tp, nape x letak ruang chat? senang cket nak tinggalkan msg..papepon, nice blog tau! cayok2!
jemput la ziarah blog akak jugak..hehe
http://muslimahwaqafan.blogspot.com/
-kak ct JQS-

najihah said...

salam kak cti...
syukran ziarah blog saya..hehe,insyaallah nnt sye akan ziarah blog akak plak...
bagus jgk cadangan akak 2,nnt sye akan masukkan ruangan chat...k syukran ye kak...