Sunday, March 8, 2009

Pemergian yang sentiasa dirindui...

Assalamualaikum w.b.t….
Sahabat-sahabat sekalian,kaifahalukum???....errmm,kali nie ana nak kongsi ngan antum tentang ape yang terbuku dihati ana mengenai Kekasih Allah yang sentiasa ana rindui…Nabi Muhammad s.a.w…tak lama lagi kita akan menyambut Maulidur Rasul,jadi elok benar andainya kali ini ana nak bercerita mengenai Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w…sebelum ayuh kita hayati lagu Pemergianmu yang dipopularkan oleh kumpulan inteam…

PEMERGIANMU

(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu
Yang EsaTangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahduIringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiadaBersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu…

Ape perasaan sahabat-sahabat bila dengar lagu nie???ana pasti lagu nie amat menyentuh hati sanubari kita…pertama kali ana dengar lagu nie waktu ana masih belajar kat SMAPLABU…dan ketika pertama kali ana dengar lagu,ana tak dapat nak tahan sebak didada…betapa sayunya hati ana waktu 2,ana rindu sangat nak jumpa ngan Nabi Muhammad s.a.w…ana tak dapat nak bayangkan keadaan Baginda s.a.w ketika berhadapan dengan sakaratul maut,,,sehinggakan malaikat Jibril a.s memalingkan wajahnya daripada menatap Baginda s.a.w…namun baginda masih mampu tersenyum…subhanallah….alangkah mulianya Rasulullah s.a.w….namun qada’ dan qadar Allah harus kita terima…Baginda pergi jua menghadap Tuhan Yang Maha Esa…Al-Fatihah….

Sahabat-sahabat yang disayangi…

Apabila disingkapkan kembali sejarah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w…ana rasa takjub dan kagum dengan kebesaran Ilahi…ketika baginda dilahirkan,pelbagai peristiwa aneh yang berlaku…dan kelahiran Baginda s.a.w disambut dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan oleh datuknya iaitu Abdul Mutalib…Baginda dibawa oleh datuknya mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali dan penduduk Mekah meraikan kelahiran Baginda s.a.w selama 7 hari 7 malam…kelahiran baginda juga dikenali sebagai Maulidunnur…iaitu “Kelahiran Cahaya”….
Ana pasti sahabat-sahabat sekalian sudah arif mengenai sirah Nabi Muhammad s.a.w….oleh itu,sama-samalah kita hayati kisah baginda s.a.w. yang telah terlakar didalam pelbagai karya dan tulisan..mudah-mudahan kita akan mendapat syafaat di hari pembalasan kelak….
Sekian dulu dari ana untuk kali ini…ana akhiri dengan selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w….

Segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan diri ana sendiri…salam Maulidur Rasul….

Wallahu’alam….

4 comments:

Syabab.. said...

Salam alaik..

sayu hati bile terdengar lagu pemergianmu..
Pernah hari tu hampir menitis air mata..huhu..
ape2 pun kelahiran dan pemergian Rasullullah adalah peristiwa penting dalam Islam..
Semoga ia dapat dijadikan iktibar dan pengajaran kpd smue..amin..

Anonymous said...

Ulasan yang bagus...praktik utuk subj Maharat ni...practice make perfect right?mabruk alaiki! ;)

Najihah Mumtazah bt Che Ali said...

salam...
kepada ummuhirrah..a'ah,saje je nak kongsi ilmu yg ade ckit2 nie..
takut nnt kita dipersoalkan plak diakhirat kelak..ade ilmu tp x sampaikan..ape pun salam ziarah..

Anonymous said...

wahhh...blog berwajah baru... cantiknya! ^_^