Assalamualaikum w.b.t...
sahabat2 semua...kali nie ana bawa satu kisah yang agak lucu...walaupun ianya merupakan kisah lucu...tetapi ade mesej yang hendak disampaikan melalui kisah ini...ana petik kisah ni dari buku yang bertajuk"Koleksi Kisah Ceria, Pengasuh Akhlak Mulia" yang ditulis oleh Ghafarullahhuddin Din, beliau merupakan seorang Prof. Madya di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Shah Alam...jom kita hayati kisah dibawah ini:
Seorang penebang pokok yang telah menebang pokok selama 35 tahun diberitahu bahawa dia boleh menebang lima batang pokok sehari sekiranya dia menebang menggunakan mesin( chain saw). Berbanding dengan cara lamanya yang menggunakan kapak dan tali, ia hanya dapat menebang sepokok sahaja. Gembira dengan perkhabaran ini, dia pun terus pergi ke sebuah kedai mesin untuk membeli sebuah chain saw.
Keesokkan harinya dia pun mencuba mesin barunya tapi hanya mampu menebang sebatang pokok sahaja. Keadaan ini diberitahu kepada isterinya apabila pulang ke rumah. Isterinya berkata, "esok awal pagi awak pergi menebang dan pulang lambat sedikit." Lalu dituruti pesan isterinya itu tetapi hasilnya cuma dua batang sahaja dapat ditebang dengan kepenatan yang amat dahsyat.
Keesokkan harinya dia membawa mesin itu ke kedai dan berkata, " awak kata saya boleh tebang lima batang pokok sehari, tapi saya hanya dapat tebang satu hingga dua batang saja."
Jurujual pun menjawab," biar saya periksa dulu." Lalu ditariknya tali dan mesin chainsaw itu hidup dan berbunyi dengan kuatnya.
Penebang pokok lalu berkata, " eh, gergaji ini boleh hidup rupanya?"
Moralnya ialah: Perkembangan teknologi ternyata akan membawa anjakan baru dalam kehidupan manusia. Namun anjakan ini akan betul2 bermakna dan bermanfaat jika kita memberi kepekaan yang setepatnya terhadap perkembangan teknologi tersebut.
sahabat2 yang disanjungi,
banyak lagi kisah2 menarik yang terdapat dalam buku ini, buku ni merupakan salah satu buku yang membuatkan kita selalu tersenyum dan ketawa, disamping ianya dapat memberi pengajaran kepada kita...selamat menghayati kisah ni...
No comments:
Post a Comment