Daripada Abdullah bin Abbas ra, Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Takutilah doa orang yan dizalimi, sesungguhnya tiada hijab di antaranya dengan Allah swt." (Riwayat al-Bukhari)
Sunday, December 27, 2009
Kembali lagi~~~
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t..akhirnya DIA gerakkan juga hati saya untuk menulis kembali setelah sekian lama saya mendiamkan diri dari medan penulisan ini. Bukan niat untuk meninggalkan minat ini, namun kesuntukan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan saya untuk kembali berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat sekalian. Sebulan yang lepas, saya telah menghabiskan masa dikampung bersama keluarga, mencari ketenagan dihati disamping mencari kembali kekuatan diri yang makin hilang. Dalam tempoh lebih kurang 4 hari lagi, kita bakal meninggalkan tahun 2009 dan tahun 2010 bakal menjelma. "2009:Tahun yang amat perit"...itulah kata hati saya disaat tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya...sebelum saya meneruskan lagi jemari saya untuk menaip bait-bait kata yang bukan saja bermain-main difikiran, malah ia adalah apa yang terbuku dihati saya selama ni. Tulisan saya kali ni bukan untuk meraih simpati mana-mana pihak, sekadar luahan hati seorang hamba yang lemah seperti saya.
Seperti yang saya labelkan tadi, 2009 adalah tahun yang banyak menyaksikan keperitan hidup saya, ujian datang bertalu-talu...namun saya tidak menafikan, adakalanya kegembiraan terkadang datang juga bertamu(Alhamdulillah..)...namun kesedihan lebih banyak menghiasi perjalanan hidup saya sepanjang tahun ni...saya percaya, semua dugaan dan rintangan ni adalah wasilah yang telah ditakdirkan ALLAH untuk mematangk an diri saya...Allah x kan jadikan sesuatu kejadian itu tanpa sebab, pasti ada hikmah disebaliknya...dan tanpa saya sedari, kadang-kadang Allah datangkan hikmah secara langsung dan pujukan dari Allah semestinya bak salju yang mendinginkan tatkala hati dirundung kesedihan..terasa sejuk dengan pelukan rahmat daripada Allah s.w.t(Alhamdulillah...
Saya teringat satu kata-kata pujukan daripada seorang sahabat:
"terkadang kita gembira bahagia dan ketawa melakukan sesuatu perkara, tapi kita tak tahu berapa banyak dosa yang datang kepada kita pada waktu itu, dan berapa ramai syaitan dan iblis menemani kita...terkadang kita berduka, sengsara, siksa dan sehingga menitis airmata dan merasakan tiada seorang pun disisi kita, namun kita tak tahu hakikatnya pahala yang datang pada kita waktu itu dan berapa banyak malaikat menemani disisi kita. Hakikat bahagia itu sukar diertikan, ada manusia telah bersama, namun tiada bahagia, ada manusia itu tidak bersama, numun tiada sebenarnya itulah kebahagiaannya yang manusia itu tidak tahu, Allah sengaja memisahkan kerana hakikat perpisahan itulah yang akan membawa kepada kebahagian yang abadi, sepertimana Allah memisahkan nyawa dari tubuh hambaNya adalah kerana Allah inginkan bahagia disampingNya...sesungguhnya besarnya dugaan maka disitu besarlah pahalanya"
Ah, benar-benar berhikmah pujukan itu..terima kasih sahabat..bila saya nilai semula..benarlah apa yang diperkatakan itu..hakikat bahagian mmg sukar untuk diertikan...tanpa kita sedari. kebahagiaan itu ade dalam ujian@kesakitan yang kita hadapi...disaat hati masih celaru dengan dugaan yang silih berganti, saya terima pula kata-kata semangat dari seorang insan yang sudah saya sebagai kakak( kak Siti Mariam):
jangan kalah dengan perasaan ye...jiha mesti kuat!!!Ya, kita hanya manusia dik, terlalu lemah jika dibandingkan dengan kudratNya...Nabi kita sendiri banyak ujianNya, tiada tempat pergantungan buat Baginda SAW selain pergantungan pada Tuhannya. Jadi, sentiasalah minta kekuatanNya..agar dirimu diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini. Bersabarkah adikku, itu tandanya Allah sayang kamu..Dia tidak mahu dirimu jauh denganNya, walau sesaat pun..betapa beruntungnya hamba sepertimu..redhalah,bersabarlah, moga ujian ini meninggikan darjatmu disisiNya...=)
Saya menangis semahu-mahunya bila dapat msg tu...huhu..menangis bukan sebab sedih tapi sebagai tanda syukur pada Allah, Dia memujuk saya untuk sekian kalinya...(hamdallah)....terasa tenang jiwa yang resah, terasa ringan kepala yang berat n terasa bertuah bila sesekali diuji...Alangkah bertuahnya diri, bila dikelililngi oleh insan-insan yang amat menyayangi diri ini...semoga Allah dapat membalas segala jasa kalian semua...
Alhamdulillah...hingga saat ini, saya masih mampu terus melangkah diatas bumi Allah yang Maha Luas ini, berbekalkan sedikit kekuatan..saya akan terus melangkah biar beribu halangan dan rintangan dihadapan...semoga Allah terus mengurniakan diri ini ketabahan. Perjalanan hidup masih lagi jauh...saya tak akan biarkan diri saya terkorban di dunia yang fana ini...InsyaAllah....
Ayuh, kita selami maksud disebalik lirik lagu YANG ABADI( MESTICA), lagu ni saya suka sangat dengar bila hati dalam kesedihan..
Tuhan, ku harapkan
Kepada-Mu, keampunan
Keredhaan, kasih sayang
Kehidupan terpelihara
Hati yang dahaga
Mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati
Bahagia kekal abadi
Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cinta-Mu jiwa ku korban
Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia
Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan yang abadi
Namun..sepertimana yang telah ditegaskan oleh Allah s.w.t dalam kalamNya yang suci," selepas kesulitan, pastikan akan datang kesenangan"...syukur, hidup saya makin tenang sekarang...semoga Allah terus berikan saya kekuatan untuk menyuburkan kembali mawar yang layu. Dan harapan saya untuk masa akan datang, saya akan menjadi seorang muslimah yang lebih kuat dan tabah...doakan saya ye sahabat semua=)
Wallahu'alam......( senyum selalu )
Friday, October 9, 2009
~~Sanah Helwah Ya Abi~~
~~~Alhamdulillah...hari ni(10/10/09)dah genap 62 tahun umur ayah ana...selamat hari lahir ayah~~x de apa yang kakak boleh berikan melainkan setangkai doa yang akan kakak kirimkan selalu...terima kasih yang tak terhingga sebab jaga kakak sampai hari ni, kakak sayang ayah sgt2...~~~~
Sebenarnye...ana ni sangat manja ngan ayah berbanding dengan mak..lalala~~~al maklum lah kan..anak perempuan tunggal( hehe...perasan pulak)tp mmg pun....ayah ana lebih memanjakan ana...mintak jer nak ape, confirm dapat..tp ana segan la nak mintak yang lebih2...tp paling best bile setiap kali balik kampung, semua kemahuan ana dituruti...(heh!!!riak ker ek)hehe...ape pun, ana tetap sayangkan mak jugak..sama macam ana sayangkan ayah...dalam family ana digelar sebagai "anak ayah"...waaa...tu yang kadang2 mengada2 sikit...hehe..ok la ayah..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan semoga diberi kesihatan yang baik...i love u so much!!!
(lagu ni ana dedikasikan istimewa untuk ayah ana)
Di sisi ibu kau setia menanti
Lahir anakmu menambahkan seri
Bersama aminan memuji Illahi
Di telingaku kanan dan kiri
Hari - hari makin mendewasakan
Hidupmu tabah penuh kecabaran
Dalam mendidik amanah tuhanmu
Sabar melayar kerenah yang seribu
Titisan keringatmu menyubur kehidupan
Berhujan berpanas tidak kau hendahkan
Dirimu tetap gigih menuai rezeki
Menjadikan mimpi satu realiti
Biar ku tawar wang yang berjuta
Biar ku hampar selaut mutiara
Tak mungkin membalas segala jasa
Yang tidak ternilainya
Oh ayah akan ku bukti padamu
Curahan kasih tidak kusiakan
Mencapai cita jua kejayaan
Kan ku bela nasibmu di hari tua
~~~~sekian~~~~
Tuesday, October 6, 2009
Nilai Persahabatan
Sahabat,
Jika suatu masa engkau ditakdirkan bertemu seorang kawan, yang sanggup bersusah keranamu atas nama kesetiaan, sering mendahulukanmu atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, mempercayaimu atas nama keikhlasan, yang menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, ketahuilah olehmu sahabat, Dia bukan hanya seorang kawan tetapi Dialah seorang saudara dan juga sahabat..
Tetapi Sahabat,
Sekiranya engkau berasa beban kerananya, berasa ragu akan keikhlasannya, itulah tandanya engkau tidak seikhlas dia, andainya engkau buka keaibannya, itu tandanya engkau melaknati kejujurannya. Engkau juga tidak menghargai segala kabaikannya terhadap engkau..
Bila engkau mula menyedari dia tidak mengendahkan engkau lagi, dan mula bersikap dingin dan berubah, janganlah engkau termakan hati dengan sikapnya itu..
Ketahuilah,
Betapa dia sebenarnya, menelan hempedu sendi yang mendalam kerana
prihatin dan kasih sayangnya, kejujuran dan keikhlasannya, engkau permainkan..
Maka setelah itu, usahlah engkau harapkan sesuatu darinya lagi, kerana dia telah hilang kepercayaan padamu..
Engkau juga takkan bertemu dengan kawan sepertinya lagi..
Oleh itu Sahabatku,
Hargailah sebuah persahabatan, sebelum ia hilang dari dirimu…
“SEBAIK-BAIK SAHABAT IALAH YANG MENEGUR DI KALA KEMUNGKARAN DAN SEBURUK-BURUK SAHABAT IALAH YANG DIAM SERIBU BAHASA”
NILAI KASIH SAYANG
Objektif kasih sayang haruslah jelas dan sohih,tidak merugikan dunia dan akhirat.Kalau anak-anak dicintai misalnya jangan menuruti segala kemahuannya hingga batasan agama diseberangi.Mahabbah haruslah disertai dengan maslahah,contohnya kalau kita menyintai adik kita,kita akan memberikan ubat yang pahit tetapi untuk dia sihat.
Kasih sayang tidak terbatas dalam lingkungan uda dan dara sahaja malah ia mempunyai makna yang lebih luas,kasih saying kepada ibu bapa,keluarga,masyarakat,teman,ilmu,agama,para nabi dan ahli keluarganya dan sebagainya.Yang penting pusat kasih saying adalah kepada ILLAHI.
Bagaimanakah cinta kepada menusia dan sesuatu akan berkembang dengan baik dan jelasnya?satu jawapan yang sudah tabii dalam minda kita aedalah semakin kita berkasih dengan ILLAHI kita akan menambah kasih kita sesama manusia juga.Contohnya seperti dua insan yang mendaki bukit dilereng yang berlainan dan puncaknya adalah TUHAN.Semakin pencinta ini mendaki,orang yang dikasihi ini juga turut mendaki dan akhirnya kedua-dua akan berjaya sampai ke puncak cinta ILLAHI.Ironisnya kita melihat manusia selalunya mengungkapkan kasih sayang kepada manusia tanpa menghubungkan terus kepada TUHAN.Ingatlah kita bahawa kasih sayang yang tulus kepada ALLAH tidak bererti mengingkari tabiat manusia dan fitrahnya.Kasih sayang pada ILLAHI bererti kita berusaha untuk mengenali ALLAH,juga pada masa yang sama mengenali diri sendiri sebagai seorang hamba yang lemah.Bila sudah rasa diri adalah hamba,sifat-sifat buruk (mazmumah) secara automatik akan mati dalam jiwa.Rasa sombong,besar diri kerana kehebatan yang dimiliki,pentingkan diri sendiri akan hilang.Maka akan tergantilah sifat terpuji (mahmudah) yang menjadi pakaian diri.Sifat-sifat terpuji seperti rendah diri,menghormati orang lain,mengambil berat terhadap orang lain merupakan asas jalinan kasih sayang.
Terlintas dalam fikiran kita,mengapa harus kita menunjukkan cinta kepada TUHAN kalau selama ini hanya malang yang menhiasi hidup kita.Dalam setiap apa yang TUHAN turunkan kepada kita adalah bukti kasih-NYA.Disebalik ujian ada kemanisan yang tersirat.Dengan ujian itu TUHAN mengajak kita untuk bertaubat.bersyukur,merintih kepada-NYA.Ambillah kasih saying TUHAN ini kepada kita.
Sekadar kita ingin menyingkap tabir yang menghalangi hati nurani kita yang mencintai ALLAH.Tabir pertama adalah maksiat yang membuat hati kita berkarat.Sekali manusia membuat dosa akan terbentuh satu noda dalam hatinya.Bila ia tidak segara bertaubat.Noda ini akan semakin tersebar ke dalam hati sehingga hati itu hilang akan sinarnya dan menutup ingatan kita kepada TUHAN tabir yang lain adalah cinta dunia dan pergantungan terhadap dunia.ALLAH tidak menjadikan dua buah hati dalam diri manusia.Nabi berkata:”Tidak berkumpul dalam hati anak Adam dua perkara dalam satu masa”Ini bermaksud kita tidak boleh mengumpulkan satu perkara dalan satu masa.dalam erti pengertian kasih sayang yang sebenar,kita harus memusatksn cinta kita kepada ALLAH dan kemudian mengembangkannya dalam setiap perkara yang kita cintai iaitu keluarga,ilmu,harta dan sebagainya.
Apabila kita disibukkan dengan urusan dunia dan menganggap ia adalah penting maka seluruh hati kita akan terhapus dari kenikmatan cinta kepada ALLAH.Kita tidak akan merasa manisnya cinta dan zikir kepada ALLAH.Contohnya dalam lingkungan sebagai pelajar yang sibuk dengan assigment.persatuan,ujian bulunan dan sebagainya.Jika tidak menganggap semua perkara ini datang dari ALLAH maka hati kita tidak akan lalai dari-NYA.
Jika kita sudah mampu menyelami cinta yang sebenar,maka hati yang indah dengan sinar makrifah telah terpancar di dalam hati kita,maka terhembuslah kasih ini untuk menikmati lindungan TUHAN.Kita mula mencintai apa yang dicintai oleh kekasih dan akan benci apa yang tidak disukainya.Kita mencintai Nabi Muhammad kerana baginda adalah kekasih ALLAH dan kita mencintai keluarga Nabi kerana Nabi mencintai mereka.Cinta pada Nabi dan para ulama serta orang yang soleh juga mampu untuk kita menyucikan hati dalam konteks mencapai perhubungan vertical tinggi ke langit samawi.Kita tidak akan dapat lari daripada hubungan kasih saying secara horizon di atas muka bumi.
Kasih sayang akan menumbuhkan jiwa dan hati yang indah.Dengan kasih sayang akan lahirlah cinta,rindu.ketenangan dan sebagainya.Apa yang penting ke mana kita ingin membawa kasih sayang ini.Kasih sayang kepada ALLAH atau kasih sayang kerana ALLAH.Pilihlah salah satu diantara keduanya atau lebih sermpurna kalau kita memilih kedua-duanya.Marilah kita berkasih sayang dengan hati yang indah,anggun dan menawan.
WAHAI WANITA WAHAI LELAKI
Dirimu dan diriku adalah sama..
Kita dicipta bukan sebagai mainan..
Kita dicipta untuk mneruskan perjuangan..
Meneruskan kehidupan..
Membang kitkan semangat mujahid yang hamper rebah
Namun wanita..
Dimanakah dirimu tatkala Islam sedang gawat????
Di dalam pelukan jilbab Islam atau pelican ajnabi???
Insaflah wanita..
Tidak Allah jadikan kita..
Melainkan dengan suatu hikmah..
Yang perlu kita terokai..
Yang perlu kita sendiri..
Agar kita..
Wanita, muslimah, puteri, permaisuri..
Bangkitlah bersama para mujahid..
Kembali menegakkan Islam yang indah ini..
Selagi tubuh berupaya..
Sedarlah wahai wanita..
Wahai lelaki…
Diriku dan dirimu tidak sama sama sekali..
Kita dijadikan berbeza di muka bumi ini..
Peranan kita berbeza sama sekali..
Cuma matlamat kita sama yakni..
Menjengah redha dan cinta Ya Rabbi
Namun lelaki..
Mengapa kau masih belum mengerti..
Kami perlukan bimbingan dan pimpinan darimu,
Bukannya pelican haram yang kau beria nak bagi
Bukan juga diperlakukan persisi haiwan tidak berkaki
Mana pergi dirimu di waktu kami perlukan pembelaan diri??
Mana dirimu di waktu kami dalam kesusahan??
Kau tiada di sisi…
Kau tak sudi membimbing diri ini..
Lelaki, jejaka, muslim, putera, raja….
Ingatlah kami tidak dijadikan daripada kepala untuk memerintah..
Tidak juga oleh kaki untuk ditindas..
Tetapi oleh tulang rusuk..
Yang dekat dengan tangan untuk dipimpin
Dan dekat dengan hati untuk disayangi..
Tuesday, September 8, 2009
LANGKAH TERCIPTA...
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian yang seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,
Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan
Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan
Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta
Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMU...
Lagu ni ana tujukan untuk hati ana yg dalam kedukaan...sayu sangat dengar lagu ni disaat hati diuji...airmata yg x henti mengalir menagih belas simpati diri ini untuk mengakhiri kesakitan yang ditanggung...moga Allah terus berikan ana kekuatan,,,insyaAllah...
Tuesday, September 1, 2009
Ada Apa Dengan Cinta????
Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia…atas kasih sayang Allah..kau dan dia bertemu, pernahkah kamu terfikir kebesaranNya itu????Berkasih sayang adalah akhlak mulia…Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan… lebih-lebih lagi kepada Allah s.w.t kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya ebih dari seorang ibu mengasihi anaknya…CintaNya tetap hadir …bukankah ALLAH MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG??????Cintailah ALLAH kerana cintaNYA tak akan membuat kita kecewa.
Wallahu’alam….
Peribadi Muslimah...
Muslimah dengan Tuhannya
Muslimah dengan dirinya
Muslimah dengan ibu bapanya
Muslimah dengan suaminya
Muslimah dengan anak-anak dan menantunya
Muslimah dengan jirannya
Muslimah dengan saudara dan sahabatnya
Muslimah sebagai pekerja sosial...
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah"(Hadith Riwayat Muslim)
Wanita ibarat bunga...cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara...Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya...kerana akhlak itu umpama bunga diri...tiada guna berwajah cantik tetapi buruk akhlaknya...tiada guna berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu...Ibarat bunga...ada yang cantik apabila dipandang tetapi busuk baunya...Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan...ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar...tetapi apabila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya...
Wanita adalah makhluk Allah yang sangat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.
Kerana itulah.... sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah...sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan hati suaminya dan sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang...dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya....
Firman Allah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang bermaksud: " Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Wallahu'alam...
Thursday, August 27, 2009
Sesungguhnya Allah Memang Sengaja
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita
dapat menjadi penilai yang baik...
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa
mengharapkan pertolongan ALLAH..
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
KASIH SAYANG YANG TERBAIK,
KHAS UNTUK DIRI KITA...
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah semoga kita sedar
bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG
kerana mengingatkan kita bahawa dia
bukanlah pilihan yang hebat untuk kita
dan kehidupan kita pada masa depan...
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
mengutip pengalaman yang tak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita menjadi
MANUSIA yang HEBAT JIWANYA...
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita lebih
faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA
BERSAMA ILAHI...
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita LEBIH
MENGENALI KEHIDUPAN yang TAK SELAMANYA KEKAL...
Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan
sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa
kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA...
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu
untuk menolak permintaan hambaNYA yang
menadah tangan meminta dengan penuh
pengharapan HANYA kepada-NYA.....
Wednesday, August 26, 2009
Ramadhan Kareem...
Alhamdulillah...akhirnya ana diberi kesempatan lagi untuk menulis didalam blog kesayangan ana ni...sekian lama ana menyepikan diri..akhirnya, dibulan yang penuh barakah ni, ana kembali menghiasi teratak Mawar Berduri yang dah dah lama layu tak berseri...dah lama sebenarnya ana nak kembali menyerikan blog ni, tetapi kesibukan ana terhadap kuliah dan aktiviti kelab dan persatuan seringkali membantut niat ana untuk menulis...rindu benar untuk kembali menulis kerana itu adalah minat yang tak pernah padam dari diri ana...InsyaAllah, dikesempatan yang ada ini...ana akan cuba sedaya mungkin berkongsi segala yang sudah lama terpendam di hati. Pada hemat ana, belum terlewat kiranya ana ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Bersyukur ke hadrat Ilahi...kerana masih diberi peluang untuk bertemu lagi dengan bulan yang penuh barakah dan karamah ini..sahabat-sahabat yang ana kasihi sekalian...rebutlah peluang ini untuk melakukan sebanyak mungkin amal ibadat...kita hanya dikurniakan 29@30 sahaja dalam setahun iaitu bulan Ramadhan dimana terdapat ganjaran yang begitu besar didalamnya...inilah bulan maghfirah, bulan rahmat, dan bulan yang berkat...berdoalah, InsyaAllah pasti doa kalian akan dikabulkan...Amalan tahajjud juga jangan dilupakan....tanamkan azam yang teguh untuk Ramadhan kali ini...carilah MALAM AL-QADR...pasti beruntunglah sesiapa yang berjaya menemuinya...dan akhir sekali, nasihat ana untuk sahabat semua dan untuk diri ana sendiri berkaitan matlamat kita dibulan Ramadhan ini...Kita mestilah IKHLAS kerana Allah dan ianya datang dari hati yang suci. Maka kita akan dapat apa yang diharapkan dari keikhlasan kita itu. BANYAKKANLAH BERDOA terutama pada waktu malam di bulan Ramadhan...akhir kalam, ayuh kita hayati lagu Harapan Ramadhan nyayian Raihan dan Man Bai...Assalamualaikum~~~~
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua...
Monday, June 15, 2009
~~Pelayaran~~
Kita tersepak duri liku kehidupan
Andainya kita rebah tetap bangun semula
Meneruskan sebuah pelayaran
Alam remaja ini penuh dugaan
Penuh kegilaan arus kedurjanaan
Menenggelamkan diri dari hidup yang Rabbani
Jadilah insan yang hakiki
Dalam mengejar cita kita sering terleka
Pada kewajipan sebagai hamba
Rasa kehidupan ini buat selamanya
Hingga tersesat ke lembah hina
Kita cemarkan kehidupan dengan penuh najis dosa
Melukakan hati ibunda yang mengharapkan
Sinaran dihari muka
Patahnya hati ayahanda dengan pelayaran tandus ilmu
Namun kita masih ada masa
Bersama kita berusaha
Kembali ke jalan Allah
Thursday, June 11, 2009
~~~Buatmu Hawa
Andai kau belum berkahwin jangan risau jodohmu….
Ingatlah janji Allah..wanita yang baik untuk lelaki yang baik….
Jangan mulakan pertemuan dengan yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati….lahirnya senyuman…tercetusnya salam….disusuli dengan pertemuan berikutnya….takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri..
Lelaki yang baik tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya….kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya….
Oleh itu HAWA…..
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkanlah pendirianmu…
Andai ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu….cukuplah hanya cinta kepada Allah memenuhi & menyinari kekosongan jiwamu….biarlah hanya cinta daripada kedua orang tuamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu….cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu…
HAWA…
Cintailah Allah dikala susah & senang….kerana kau akan peroleh cinta daripada insan yang juga mencintai Allah…
Cintailah ibubapamu kerana engkau akan peroleh keredhaan Allah…
Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga….
Jangan sesekali tangan yang akan mengggoncangkan dunia boleh menggoncangkan iman lelaki….
HAWA….
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang soleh buat kedua orang tuamu…
Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu…
Andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan addin Allah……
Lelaki yang baik tidak melihat kepada paras rupa…lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya …lelaki yang warak tidak menilai waniat melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki….
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang paling penting pegangan agamanya…
Lelaki yang warak tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita hanyalah untuk sebuah perkahwinan dimana hanya semata-mata mengikut Sunnah Rasullullah………..
~~~Selamat Pengantin Baru~~~
Assalamualaikum...
Dikesempatan yang ada ni, ana nak ucapakan selamat pengantin baru kepada classmate ana(5 agama/SMKDSA 04)iaitu shita&man...ana doakan perkahwinan kalian berkekalan hingga ke syurga, semoga kalian bahagia selamanya serta dikurniakan zuriat yang soleh dan soleheh...syukran sebab sudi jemput kami ke majlis yang serba indah ni,hehe..
Alhamdulillah, ana bersyukur sebab di beri kesempatan ke majlis perkahwinan sahabat ana ni, sedikit teruja sebab ni la kali pertama ana dan sahabat-sahabat yang lain hadir ke majlis perkahwinan classmate..ngee...sahabat2 yang lain nampaknya begitu teruja sambil tertanya-tanya, lps ni giliran sape pulak,hehe...tahun depan ramai dah yang nak grad, sape pulak ek????jangan lupa jemput ye...
Monday, June 8, 2009
~~BERSABARLAH...~~~
2. Barangsiapa bersabar, maka dia akan berjaya mengatasi permasalahan
3. Hasil kesabaran adalah kejayaan
4. Tatkala musibah yang menimpa sedemikian berat, pasti akan datang kebahagian.
5. Takutilah terhadap bahaya yang datang dari celah-celah kemudahan
6. Berharaplah beroleh manfaat adanya larangan
7. Mungkin Allah s.w.t menguji hamba-Nya dengan suatu musibah, justeru untuk menyelamatkannya dari kebinasaan, sehingga musibah itu menjadi nikmat terbesar baginya..
8. Orang yang bersabar dalam menghadapi ujian, menerima semua ketentuan Allah s.w.t, dan brsabar atas semua kesusahan, nescaya Allah s.w.t akan menampakkan kepadanya kebaikan agar ia dapat memahami kemaslahatan yang tersembunyi di sebalik itu.
9. Ujian itu adalah latihan dari Allah s.w.t, tentunya latihan tidak selama-lamanya. Maka beruntunglah orang yang bersabar selama masa latihan itu dan bertahan selama masa ujian berlangsung.
10. Awas...jangan mengeluh ketika engkau dicengkam taring-taring ujian kerana memang jalan ke arah kebaikan sangat sukar.
11. Menunggu pertolongan dan jalan keluar dengan bersabar akan mendatangkan kebahagiaan.
Salam sahabat2 semua...alhamdulillah,setelah sekian lama ana meninggal blog ana yang tercinta..kini ana dah kembali untuk menulis, meluah segala yang terpendam di hati..rindu benar hati ini untuk kembali menulis, tetapi kesibukan ana dengan rutin harian memaksa ana menunda sebentar niat untuk menulis dalam blog ni, kesempatan yang ada ni ana akan manfaatkan bersama antum untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang ana perolehi. Berkaitan dengan tajuk kali ni, ana teruja untuk berkongsi dengan antum mengenai apa erti SABAR...berkaitan sebelas perkara yang dah ana senaraikan di atas itu, ana bersabar sahabat2 dapat menghayati dan merenungi setiap aksara yang tertulis, maklumat ini ana peroleh dari sebuah karya yang agung serta terkenal di kalangan umat Islam iaitu dari buku " La Tahzan".
Buku ini merupakan salah satu buku yang menjadi koleksi kesayangan ana, melaluinya ana banyak belajar erti kehidupan ini. Buku ni amat dekat di hati ana, seperti sahabat baik ana sendiri. Kemana saja ana pergi, buku ini sentiasa bersama...kembali kepada topik berkaitan SABAR, ana begitu tertarik untuk mengajak para sahabat untuk merenung kembali kehidupan kita yang telah berlalu..ana pasti dan amat yakin sekali, antum pernah melalui saat-saat kesedihan dan penderitaan...ayuh sahabat2 sekelian, percayalah bahawa ujian itu adalah rahmat dari Yang Maha Esa..bersyukurlah apabila kita diuji, itu tanda kita Allah menyayangi kita, setiap kesedihan pasti akan berakhir..usah diratapi kerana ia akan membuatkan jiwa kita menderita. Sayangilah diri kita, ia berhak untuk dilindungi..diri kita adalah milik Allah s.w.t, peliharalah setiap anugerah yang telah diberikan oleh-Nya.
Ana bercakap berdasarkan pengalaman yang pernah ana lalui...bukan mudah untuk hadapi, bukan mudah untuk kembali berdiri, bukan mudah untuk sekuat ini dan bukan mudah juga untuk membina kembali keyakinan diri, namun ana bersyukur kepada Allah s.w.t..kerana diberikan jiwa yang tabah, berkat doa yang tidak pernah putus, ana kembali mengenal hakikat diri...ana datang daripadaNya dan juga kembali kepadaNya...begitulah jua dengan kesedihan yang sering menlanda diri kita, hakikatnya Dia yang menciptakan kesedihan itu dan Dialah jua yang akan menyembuh. Yakin dan percayalah pada Yang Menciptakan..Dia Maha Adil, setelah kesempitan pasti akan datang kesenangan...
Ana berharap...celoteh ana yang ringkas ini dapat memberi sedikit manfaat kepada antum, hanya satu pesanan ana, KENALILAH ALLAH, DISITU KEBAHAGIAN AKAN DATANG...
akhir kalam...sambutlah sayang dari diri ana yang kudus ini untuk semua..jumpa lagi~~~
Saturday, April 18, 2009
Selamat Berjuang dalam peperiksaan...
Kepada sahabat yg dirahmati Allah...sempena peperiksaan akhir yang bakal tiba tak lama lagi,ana ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua sahabat2 sekalian..semoga Allah mempermudahkan setiap urusan kita. Disamping itu, ana menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada sahabat2 andai pernah melukakan hati,tersalah bicara dan halalkan segalanya...berjuanglah hingga keakhirnya,jangan berputus asa.Semoga kejayaan milik kita bersama...
"Allahumma ja'alni minal najihin wal faaizin wal mumtazin fil imtihan"
Insyaallah....
Saturday, April 11, 2009
Wanita Ibarat Bunga...
Wednesday, April 1, 2009
Buat Wanita Solehah(Amani)
Kepada sahabat2 muslimat..jom hayati lagu ni...lagu ni ana dapat dari seorang sahabat karib ana dari Universiti Malaya..dia tujukan khas untuk ana, dan sekarang ana tujukan khas untuk antunna semua...kepada Siti Naddia bt Nasir...terima kasih tidak terhingga sebab tujukan lagu nie kat ana....dan untuk Azlina bt Abdul Lateh...kau sahabat kau teman,itulah selayaknya untuk Ina, terima kasih atas semangat dan dorongan selama ini...semoga ukhuwah ini selamaya,biarpun jarak memisahkan kita...tapi persahabatan ini tiada noktahnya...kutujukan lagu ini teristimewa untuk Naddia dan Azlina...salam ukhuwah
Tuesday, March 31, 2009
Kau Sahabat Kau Teman...
Dengarkan kerinduan di lautan memori
Monday, March 30, 2009
Episod Jahil Teknologi...
Tuesday, March 24, 2009
Wajah Di Hati...
Assalamualaikum...sahabat2...dah agak lama ana x post sesuatu kat blog nie...kesuntukan masa diakhir2 nie menyebabkan ana terpaksa menangguh niat untuk menulis sesuatu dalam blog nie...namun dikesempatan yang ada ni ana nak ajak sahabat2 merehatkan minda menghayati lagu "Wajah Di Hati" yang di popularkan oleh kumpulan Wildan...terpulang kat antum bagaimana nak menilai lagu nie...setiap manusia diberi akal fikiran untuk menilai sesuatu sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat...Pertama kali ana dengar lagu ni...ada sesuatu yang terdetik dihati ana nie..tapi biarlah ia terus tersembunyi di hati ana...tetapi apabila dihayati lagu nie...ada mesej yang hendak disampaikan...mesejnya mungkin agak simple tetapi itulah yang kita leka dan alpa...ayuh kita sama2 mendengar dan menghayatinya....semoga mesej dari lagu ni dapat membuka minda kita untuk menghargai setiap insan yang hadir dalam hidup kita...wallahu'alam...
Thursday, March 12, 2009
Nilai Kasihmu kurindu...
kali nie tergerak dihati ana untuk meluahkan rasa hati ana tentang nilai kasih ibu dan ayah...
saat ana menulis artikel ni...hati ana dihujani dengan perasaan rindu yang amat sangat terhadap ibu dan ayah ana...dah hampir dua bulan ana tak menatap wajah mereka...ana tersangat rindu,dan ana tahu mereka jugak rasa ape yang ana rasa sekarang...tapi apakan daya, kesuntukan masa menyebabkan ana tak berpeluang nak jenguk mak dan ayah kat kampung...kesibukan ana dengan kuliah dan komitmen pada kelab menyebabkan ana terpaksa berkorban perasaan ana nie...tanggungjawab yang telah Allah taklifkan kepada ana membuatkan ana terpaksa pujuk hati agar tabah lalui saat genting begini...ana akui,dikala ini ana dibebani dengan pelbagai perkara yang menyebabkan fikiran dan perasaan ana sering terganggu...ana amat perlukan mak dan ayah saat ni, mereka tempat ana meluahkan isi hati ini....nasihat dan pujukan mereka sikit sebanyak dapat menenangkan jiwa ana...itulah 2 insan yang sangat memahami diri ana...sentiasa hadir disaat ana memerlukan teman,doa mereka sentiasa ana perlukan dalam setiap saat dan ketika kerana bagi ana disitulah letaknya keberkatan ibu bapa...
Buat ibuku...dengarlah rintihan kasih anakmu yang amat merinduimu...
Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena
Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu......
itulah rasa hati ana disaat ini...alangkah bahagianya kalau ana peluk dan cium ibu ana disaat ini,pasti hilang segala duka dan rindu dihati ana ni...
Dan untuk ayahanda yang tercinta...rasakalah hati ini yang amat sayangkan rindukanmu...pengoranan ayah terlalu besar...terpahat dihati ini rasa kasih yang takkan pernah suram...khas untukmu ayah...
Ketika berjauhan masihku rasa
hangat kasihmu ayah
betapa kurindukan redup wajahmu
hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
yang selalu engkau pamerkan
bagaikan tiada keresahan...
Walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian...
Ketika ku dalam kedukaan
kau mendakapku penuh pengertian
disaatku diriku kehampaan
kau setia mengajarku erti kehidupan...
Terpancar kebanggaan dalam senyuman
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarka aku terus kecewa...
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa..
kau iringkan...
Tak dapatku bayang
hidupku ayah tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan...
tersemat dihati.....
Sahabat2 yang disayangi....
hargailah kedua orang tua kita selagi mereka masih hidup...jangan biarkan mereka dalam kedukaan...keberkatan mereka penetu kejayaan kita didunia dan juga diakhirat dan ingatlah bahawa redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Ana masih ingat lagi pesanan seorang ustaz...sebelum kita melangkah kaki kita untuk pergi ke kuliah atau ke majlis-majlis ilmu...sedekahkan Al-Fatihah buat kedua ibu bapa kita, insyaallah...kita akan dapat merasai keberkatan dan keredhaan mereka mengiringi tiap jejak perjuangan kita didunia ini...alhamdulillah,itulah yang menjadi amalan ana sehingga kini.....
Sebelum ana mengundur diri...sedikit bingkisan doa ana buat mak dan ayah ana tersayang serta untuk ibu bapa antum juga...
Kami anak-anakmu
ingin memohmon restu
wahai inuku wahai ayahku
ampunkan dosa-dosaku
wahai ibuku wahai ayahku
redhakan akan diriku...
Kuhulurkan salam
buat Rasul Junjungan
moga disyafaatkan...
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya fatahu Ya A'lim
Ya Rahmanhu Ya Rahim....
wahai Tuhanku kasihi daku
kasih ibu dan ayahku
Wahai Tuhanku rahmati daku
rahmati ibu dan ayahku....
selamatkan mereka dari azab neraka
dan bencana dunia...
hubungkan mereka dengan talimu
Amin Ya Rabbal A'lamin
Limpahkan hidayahmu untuk ibu dan ayahku
berkatilah aku dan ibu ayahku
sayangilah mereka sepertimana
mereka menyayangiku...
dan mengasihiku waktu kecilku
tak terbalas budi jasanya...
Wahai ibuku wahai ayahku
didiklah anak-anakmu
moga menjadi penyejuk dimata
penawar resah hatimu...
Ampunkan segala ketelanjuranku
halalkan makan minumku
doakan semoga aku selamat
didunia dan akhirat.....
wallahu'alam....
Tuesday, March 10, 2009
salam ukhuwah...
Ana mohon maaf diatas kekurangan pada blog nie...blog nie masih dalam proses kemaskini..insyaallah sedikit masa lagi blog ana nie akan kembali seperti dulu...kepada Ummuhirrah...syukran sbb selalu ziarah blog ana yang serba kekurangan nie...tp anti banyak menaikkan semangan ana untuk lakukan yang lebih baik...dan kepada sahabat2 yg lain,ahlan wasahlan diucapkan kepada antum dan syukran sebab sudi singgah sebentar di "teratak mawar berduri" ana nie...jazakallahu khairan kathiran...salam..
Sunday, March 8, 2009
Pemergian yang sentiasa dirindui...
Sahabat-sahabat sekalian,kaifahalukum???....errmm,kali nie ana nak kongsi ngan antum tentang ape yang terbuku dihati ana mengenai Kekasih Allah yang sentiasa ana rindui…Nabi Muhammad s.a.w…tak lama lagi kita akan menyambut Maulidur Rasul,jadi elok benar andainya kali ini ana nak bercerita mengenai Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w…sebelum ayuh kita hayati lagu Pemergianmu yang dipopularkan oleh kumpulan inteam…
PEMERGIANMU
(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu
Yang EsaTangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahduIringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiadaBersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu…
Ape perasaan sahabat-sahabat bila dengar lagu nie???ana pasti lagu nie amat menyentuh hati sanubari kita…pertama kali ana dengar lagu nie waktu ana masih belajar kat SMAPLABU…dan ketika pertama kali ana dengar lagu,ana tak dapat nak tahan sebak didada…betapa sayunya hati ana waktu 2,ana rindu sangat nak jumpa ngan Nabi Muhammad s.a.w…ana tak dapat nak bayangkan keadaan Baginda s.a.w ketika berhadapan dengan sakaratul maut,,,sehinggakan malaikat Jibril a.s memalingkan wajahnya daripada menatap Baginda s.a.w…namun baginda masih mampu tersenyum…subhanallah….alangkah mulianya Rasulullah s.a.w….namun qada’ dan qadar Allah harus kita terima…Baginda pergi jua menghadap Tuhan Yang Maha Esa…Al-Fatihah….
Sahabat-sahabat yang disayangi…
Apabila disingkapkan kembali sejarah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w…ana rasa takjub dan kagum dengan kebesaran Ilahi…ketika baginda dilahirkan,pelbagai peristiwa aneh yang berlaku…dan kelahiran Baginda s.a.w disambut dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan oleh datuknya iaitu Abdul Mutalib…Baginda dibawa oleh datuknya mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali dan penduduk Mekah meraikan kelahiran Baginda s.a.w selama 7 hari 7 malam…kelahiran baginda juga dikenali sebagai Maulidunnur…iaitu “Kelahiran Cahaya”….
Ana pasti sahabat-sahabat sekalian sudah arif mengenai sirah Nabi Muhammad s.a.w….oleh itu,sama-samalah kita hayati kisah baginda s.a.w. yang telah terlakar didalam pelbagai karya dan tulisan..mudah-mudahan kita akan mendapat syafaat di hari pembalasan kelak….
Sekian dulu dari ana untuk kali ini…ana akhiri dengan selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w….
Segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan diri ana sendiri…salam Maulidur Rasul….
Wallahu’alam….
Tuesday, March 3, 2009
Luahan Hatiku...
Kaifahulukum sahabat2 sekelian...ana harap antum semua sihat sejahtera dan dirahmati Allah...
ana baru je balik dari ceramah anjuran ISIUKM...ermm..kupasan tajuk malam nie agak menarik...ana bersyukur kepada Allah s.w.t sebab diberi kesempatan untuk menghadiri majlis ilmu kali nie..bukan senang kita join program2 macam nie...semuanye perlukan sifat mujahadah dalam diri...mujadah untuk melawan nafsu kita...ana rase sahabat2 sekelian pun faham...syaitan sentiasa memainkan peranan tatkala hati kita mula berjinak dengan Sang Kekasih kita yakni Allah s.w.t...oleh itu..kita kena la tanamkan dalam diri kita untuk lawan semua nie...
sambutan majlis malam nie agak luar biasa terutama dikalangan muslimat...namun...amat menyedihkan...golongan muslimin terlalu sedikit...
"Ya Allah...dimanakah syabab-syababMu..yang akan membela agamaMu...yang akan menjadi benteng ketahanan Ummah...dimanakah syabab-syabab yang akan menjadi pemimpin bagi kaum Hawa yang lemah...bukankah Kau telah berfirman..: "ar-rijal qawwamun a'la an-nisa",kembalikan mereka ke sisi agamaMu,untuk membantu meringankan beban dakwahMu ini".Amin..
Ana berharap sangat kepada sahabat-sahabat sekalian, rebutlah peluang yang ade terbentang dihadapan kita...persiapkan diri kita dengan ilmu dan taqwa...berjuanglah untuk Islam...kelak hidup kita bahagia bukan saja kat dunia malah diakhirat yg kekal abadi. Insyaallah...sama-salah kita renungkan..selamat malam.
Sunday, March 1, 2009
USAH PUTUS ASA
Thursday, February 19, 2009
Dengarkan wahai muslimah...
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...
Tuesday, January 13, 2009
Palestin Menangis Lagi
Senja Pun Merangkak Menutup Mentari
Terbias Warnanya Ke Wajah
Lagu Kedamaian Tiada Kedengaran
Bumi Yang Merekah Disirami Darah
Kemelut Melanda Tiada Kesudahan
Kemusnahan Bermaharajalela
Yang Lemah Menjadi Mangsa
Anak-Anak Kecil Menggoncangkan Ibunya
Yang Lemah Longlai Tak Lagi Bernyawa
Jeritan Suara Batinnya
Tak Siapa Mendengarnya
Tergadaikah Maruah Oleh Janji-Janji
Terbayarkah Dengan Nyawa Dan Darah
Soalan Yang Tiada Jawapan
Kemanusiaan Telah Lama Hilang
Kini Yang Tinggal Hanya Ketakutan
Musnah Kasih Sayang Dan Persaudaraan
Tandus Akhlak Dan Keimanan
Menyemai Persengketaan
Ya Rabbul Izzati,...
selamatkanlah bumi Palestin
hapuskanlah kekejaman Israel
tamatkanlah penderitaan saudara-saudaraku disana
kasihilah mereka Ya Allah...
Keringkanlah bumi Palestin
yang disirami darah...
Ya Muhaimin...
Kuatkan hati-hati saudaraku disana...
Ku pasti...
telah kau sediakan maqam terindah buat mereka
moga disana mereka akan tenang untuk selama-lamanya
tiada lagi tangisan
tiada lagi penderitaan
tiada lagi ketakutan
tiada lagi kesedihan...
yang ada hanyalah ketenangan...
Ya Rahman...
kupohon padaMU...
selamatkan Palestin!selamatkan Palestin!selamatkan Palestin!
selamatkan umatMU yang tidak berdosa itu...
Amin... Ya Rabbal Alamin....
Saturday, January 3, 2009
DOA UNTUK SYABAB...
aku berdoa untuk seorang syabab
yang akan menjadi sebahagian dari hidupku
seorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu.
seorang syabab yang meletakkanMu
pada posisi pertama di hatinya
seorang syabab yang hidup bukan untuk dirinya sendiri...
tetapi untukMu...
seorang syabab yang mempunyai sebuah hati
yang sungguh mencintai dan haus akan Engkau,
dan memiliki keinginan untuk meneladani
sifat-sifat AgungMu
Ya Rabbi...
demi cintaMu...
kurniakanlah aku
seorang syabab yang mengetahui bagi siapa
dan untuk apa dia hidup,
sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.
seorang syabab yang memiliki hati yang bijak
bukan hanya otak yang cerdas
seorang syabab yang tidak hanya mencintaiku
tetapi jua menghormatiku...
seorang syabab yang tidak hanya memujaku
tetapi juga menasihatku ketika aku buat salah.
seorang syabab yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku
tetpai kerana hatiku
seorang syabab yang menjadi sahabat terbaikku
dalam setiap waktu dan situasi
seorang syabab yang dapat membuat aku merasa
sebagai seorang wanita bila berada disampingnya
seorang syabab yang memerlukan sokonganku
sebagai peneguhnya...
seorang syabab yang memerlukan doaku
untuk kehidupannya
seorang syabab yang memerlukan senyumanku
untuk mengatasi kesedihannya
seorang syabab yang memerlukan diriku
untuk membuat hidupnya menjadi sempurna
Dan juga meminta padaMu Ya Rahim
Mudahkanlah aku menjadi seorang perempuan
yang dapat membuat syabab itu bangga
berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintaiMu
sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMu
berikanlah sifatMu yang lembut
sehingga kecantikkanku datang dariMu bukan dari luar diriku....
Berilah aku tanganMu sehingga aku selalu mampu
berdoa untuknya...
berilah aku penglihatanMu
sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya
dan bukan hal buruk saja
berikanlah aku mulutMu yang penuh dengan kata-kata
kebijaksaanMu
dan pemberi semangat sehingga aku dapat menyokongnya
setiap hari...
dan aku dapat tersenyum padanya setiap hari
Dan bilamana akhirnya kami bertemu
aku berharap kami berdua dapat mengatakan
" Betapa besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku
seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna"
Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu
pada waktu yang tepat
dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah
pada waktu yang Kau tentukan
Ya Allah...
kurniakanlah aku seorang pendamping yang terbaik
untuk membentuk aku mendampingMu...
Thursday, January 1, 2009
mengapa wanita mudah menangis???
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “ Ayah, kenapa ibu menangis?” “ Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas, “ sang ayah menjawab.” Semua perempuan memang sering menangis tanpa alas an.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menagis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:
“ Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu
Harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi dari yang sedang tidur.”
“kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila telah dewasa.”
“ ku berikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah berputus asa.”
“ kuberikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.”
“ kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.”
“kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.”
“ Dan akhirnya, kuberikan airmata kepada wanita, agar dapat ia mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya airmata ini ialah airmata kehidupan…”
Wallahu’alam….